SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH – PANDUAN LENGKAP BELI GUNA MYKAD

SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH – PANDUAN LENGKAP BELI GUNA MYKAD

Penerima SARA MyKasih 2025 boleh menggunakan RM100 bulanan serta bantuan one-off untuk membeli barangan asas di kedai dan pasar raya terpilih. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan kos sara hidup rakyat serta memastikan keluarga berpendapatan rendah dapat membeli keperluan harian. Semua transaksi dilakukan menggunakan MyKad tanpa perlu tunai, menjadikannya lebih mudah dan selamat.

Bagi penerima yang layak, semak senarai barang MyKasih digalakkan sebelum berbelanja supaya bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ikuti artikel ini untuk info lanjut.

BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

Penambahan kategori baharu iaitu produk kebersihan rumah mulai 1 Mei 2025 menjadikan jumlah barangan asas MyKasih SARA kini sebanyak 14 kategori. Semak senarai kategori barang MyKasih berserta contoh jenama popular seperti dalam jadual berikut:

KATEGORI BARANG MYKASIHCONTOH JENAMA
BERASJasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation
ROTIMassimo, Mighty White, Gardenia
TELURCP, QL Eggs, Nutri Plus
MINYAK MASAKSeri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit
TEPUNGSauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros
BISKUTMunchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng
MI SEGERAIndo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan
MINUMANBOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico
MAKANAN DALAM TINAyam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup
BAHAN PERASAPuteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s
PRODUK KEBERSIHAN DIRIColgate, Kotex, Dettol
UBAT-UBATANProspan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
KEPERLUAN SEKOLAHStabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih
BARANGAN KEBERSIHAN RUMAHBreeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso
SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

SEMAK SENARAI KEDAI RAKAN NIAGA BARANG MYKASIH

Untuk kemudahan penerima, pembelian barangan bantuan boleh dilakukan di premis rakan niaga MyKasih yang terdekat. Ada lebih 7300 kedai dan pasar raya terpilih yang penerima bantuan boleh buat pembelian barang SARA MyKasih guna MyKad. Antara kedai popular yang aktif sebagai rakan MyKasih:

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • Giant
  • Billion
  • The Store
  • Aeon Big
  • TF Value Mart
  • 99 Speedmart
  • KK Super Mart
  • Pasaraya Fresh Grocer
  • Super Seven

NOTA TAMBAHAN: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

PANDUAN BELI BARANG MYKASIH GUNA MYKAD

Untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih dan semak senarai barang MyKasih yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
PANDUAN BELI BARANG MYKASIH GUNA MYKAD

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Inisiatif ini mendapat sambutan baik daripada ibu tunggal. Seorang ibu kepada tiga anak meluahkan rasa lega:

“Syukur, bantuan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban belanja dapur. Anak-anak masih dapat makan kenyang walaupun pendapatan saya tidak menentu.”

Tetapi seorang warga emas di kampung berkongsi pengalaman kurang baik:

“Kadang-kadang mesin imbas rosak, kena tunggu lama. Kami orang tua ni cepat letih kalau berdiri lama.”

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

Bagaimana nak semak baki SARA MyKasih?

Boleh semak pada resit selepas belanja atau bertanya di kaunter kedai terpilih.

Adakah baki boleh dibawa ke bulan berikutnya?

Ya, baki boleh dibawa sehingga tamat tempoh program pada 31 Disember 2025.

Adakah semua negeri ada kedai terpilih?

Ya, tetapi senarai kedai bergantung kepada negeri masing-masing.

Barang apa yang tidak dibenarkan?

Rokok, alkohol, barangan elektrik, pakaian, barang mewah, serta barangan bukan asas.

Ada waktu puncak pembelian SARA?

Ya, biasanya pada awal bulan bila bantuan baru dimasukkan, kedai akan lebih sesak.

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Senarai Barang MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment