SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)

Semakan Status Syukur Sabah (Fasa 3 2025) kini dibuka kepada semua penerima yang layak di seluruh negeri. Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Sabah yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Sekiranya anda telah membuat permohonan sebelum ini, kini tiba masanya untuk menyemak status kelulusan anda bagi Fasa 3 tahun 2025.

Semak panduan lengkap dan pautan semakan rasmi yang disediakan dibawah ini untuk maklumat tarikh bayaran dan cara semakan status penerima.

BACA JUGA: SEMAK BARANGAN SARA MYKASIH : (2025) CHECK SENARAI TERKINI DAN CARA TEBUS

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH

Bantuan SYUKUR Sabah atau (Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) merupakan bantuan kewangan tunai bersasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah sejak awal tahun 2025. Bantuan ini disalurkan terus kepada rakyat Sabah yang layak secara automatik, menggunakan data berpusat daripada sistem eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah).

Program ini dilaksanakan dalam empat fasa sepanjang tahun, dan setiap fasa menyalurkan RM300 sebulan secara sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan RM900 setiap fasa.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Terdapat beberapa syarat asas dan syarat khas yang ditetapkan bergantung kepada kategori penerima. Semak syarat dibawah:

SYARAT ASAS SYUKUR SABAH

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganeraga Malaysia.
  • Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.

*Selain itu, penerima perlu memenuhi salah satu dari syarat berikut:

  • Berstatus miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

SYARAT KHAS MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

Bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima mengikut kapasiti kebergantungan keperluan ekonomi isi rumah.

KATEGORI M40KELAYAKAN
Pendapatan
(RM1219 – RM2742)
Pemohonan hanya layak untuk sorang ketua isi rumah sahaja.
KATEGORI B40KELAYAKAN
Pendapatan
(Pendapatan Kurang dari RM1218)
– Ketua isi dan pesangan; atau
– Ketua isi rumah dan anak 18 tahun ke atas.

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH

Untuk membuat semakan status terkini, penerima boleh membuat semakan sama ada secara online atau melalui aplikasi telefon pintar. Langkah semakan adalah seperti berikut:

SEMAKAN SECARA ONLINE

LOGIN SYUKUR SABAH 2025 SEMAKAN STATUS
  1. Layari laman rasmi di: https://syukur.sabah.gov.my/.
  2. Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang (-).
  3. Status penerima akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI APLIKASI TELEFON PINTAR

APLIKASI YONO SUPERAPP DOWNLOAD

Penerima juga boleh membuat semakan status melalui aplikasi YONO Superapp. Muat turun aplikasi di:

TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH FASA 3

Bayaran kepada penerima bantuan SYUKUR dikreditkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun 2025. Dan bagi fasa ketiga (3) bayaran akan dilaksanakan pada bulan Julai 2025.

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA 1Januari 2025
FASA 2April 2025
FASA 3September 2025
FASA 4November 2025

KAEDAH BAYARAN KEPADA PENERIMA SYUKUR

Penerima boleh menerima bantuan tunai ini melalui tiga (3) kaedah bayaran iaitu dengan:

  • Di bayar terus ke akauan bank penerima.
  • Diberikan secara tunai.
  • Dikreditkan kedalam eWallet YONO.

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH

Jumlah bayaran yang diberikan adalah sama bagi setiap penerima. Kategori miskin akan menerima Rm900 bagi setiap fasa dan kategori miskin tegar akan menerima Rm1800 melalui dua (2) penerima bagi setiap isi rumah.

JUMLAH BAYARAN BAGI SETIAP FASA

FASA BAYARANJUMLAH BAYARAN
FASA 1RM900
FASA 2RM900
FASA 3RM900
FASA 4RM900

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Status SYUKUR Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

6 thoughts on “SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)”

Leave a Comment