BUDI MADANI RON95 : SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL 2025
Kerajaan akan melaksanakan Budi Madani RON95 bermula 30 September 2025, di mana rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RM1.99 seliter menggunakan MyKad atau aplikasi. Manfaat ini diberikan lebih awal kepada anggota polis dan tentera pada 27 September, serta penerima STR pada 28 September. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos sara hidup dan mengelakkan ketirisan subsidi, tetapi juga tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat yang terus bekerja keras menghadapi cabaran ekonomi global.
Dengan adanya skim ini, pengguna dapat menikmati harga RON95 jauh lebih murah berbanding harga pasaran sebenar. Semak artikel di bawah untuk maklumat lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI MADANI 2025: SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN BANTUAN DIESEL
APA ITU BUDI MADANI RON95?
Budi Madani RON95 ialah skim subsidi petrol bersasar yang menggunakan MyKad ketika mengisi minyak. Melalui sistem ini, rakyat Malaysia dapat terus menikmati harga subsidi tanpa perlu membuat permohonan rumit.
Konsepnya mudah: isi minyak seperti biasa, sahkan dengan MyKad, dan harga subsidi terus digunakan.

SYARAT KELAYAKAN
Untuk menikmati subsidi Budi Madani RON95 ini, pengguna perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan. Dengan syarat yang longgar dan inklusif, lebih ramai rakyat dapat menikmati harga subsidi ini tanpa halangan besar. Antara syarat-syaratnya ialah:
- Warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah.
- Memiliki kenderaan berdaftar di JPJ (kereta atau motosikal).
- Berumur 16 tahun ke atas.
- Termasuk pekerja gig yang menggunakan kenderaan untuk mencari rezeki.
Perhatian: Pastikan MyKad dalam keadaan baik dan cip boleh digunakan.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SUBSIDI RON95?
Melalui program Budi Madani, rakyat Malaysia yang layak akan menikmati harga petrol pada kadar RM1.99 seliter. Harga ini jauh lebih rendah berbanding harga pasaran sebenar yang dijangka mencecah lebih RM3 seliter. Perbezaan harga inilah yang ditanggung oleh kerajaan sebagai bentuk subsidi.

BILA TARIKH SUBSIDI RON95 DILAKSANAKAN?
Tarikh pelaksanaan subsidi petrol bersasar Budi Madani RON95 dibuat secara berperingkat. Kerajaan memberi keutamaan awal kepada beberapa kumpulan terpilih sebelum ia dinikmati oleh seluruh rakyat. Langkah ini menunjukkan penghargaan kerajaan terhadap golongan barisan hadapan dan penerima bantuan yang sentiasa menyokong dasar Madani. Perinciannya seperti berikut:
- 27 September 2025 – Anggota polis dan tentera mula menikmati harga subsidi.
- 28 September 2025 – Penerima STR menerima manfaat lebih awal.
- 30 September 2025 – Seluruh rakyat Malaysia boleh menikmati harga subsidi RM1.99 seliter.

BAGAIMANA SEMAKAN & CARA GUNA BUDI MADANI?
Semakan kelayakan tidak perlu dilakukan secara manual atau melalui portal khas. Sebaliknya, ia disahkan secara automatik ketika pengguna menyerahkan MyKad di kaunter stesen minyak. Cara ini lebih mudah, cepat, dan mesra pengguna. Berikut adalah langkah ringkas untuk semak dan guna Budi Madani RON95:
- Kunjungi stesen minyak berhampiran.
- Serahkan MyKad di kaunter untuk pengesahan.
- Juruwang sahkan kelayakan subsidi.
- Bayar jumlah petrol yang ingin diisi.
- Nikmati harga subsidi RM1.99 seliter.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95
Tak perlu, guna MyKad terus di stesen minyak.
Tak boleh, kena pastikan MyKad berfungsi.
Ya, subsidi ini dilaksanakan di semua stesen minyak seluruh Malaysia.
Setiap warganegara diberi siling kelayakan bulanan 300 liter.
Tidak, MyKad wajib ditunjukkan.
Ya, asalkan berumur 16 tahun ke atas.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Budi Madani RON95 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof
Soalan –
Umur cukup 16 tahun , i/c ada. Tapi tiada lesen memandu.. Bolehkah dapat subsidi?
NAK TANYA, KALAU KERETA @MOTOSIKAL ATAS NAMA IBUBAPA,ANAK YANG MNGGUNAKAN KENDERAAN TERSEBUT (ADA LESEN MEMANDU) BOLEHKAH CLAIM GUNA IC ANAK TERSEBUT?