SEMAK SARA MYKASIH : STATUS BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD
SARA MyKasih 2025 ialah bantuan kerajaan untuk golongan B40 dan M40 bagi meringankan kos sara hidup. Bayaran disalurkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak dan boleh digunakan untuk membeli barangan asas di lebih 7300 kedai serta pasar raya terpilih. Seramai 5.4 juta penerima mendapat manfaat melalui Belanjawan 2025 termasuk isi rumah, warga emas dan bujang. Selain itu, bantuan one-off RM100 turut diberikan sebagai tambahan.
Penerima boleh semak status bayaran SARA MyKasih secara mudah melalui portal rasmi yang disediakan. Baca selanjutnya untuk panduan lengkap.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH?
Program Bantuan SARA MyKasih menyasarkan penerima daripada golongan B40 dan M40, dengan syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi. Bantuan ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Perinciannya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH DIKREDITKAN?
Tarikh pembayaran Bantuan SARA MyKasih berbeza mengikut kategori penerima yang layak ditetapkan pada setiap awal bulan. Semak butiran tarikh bayaran SARA MyKasih seperti di bawah:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH SARA MYKASIH YANG DISALURKAN?
Jumlah bantuan MyKasih mengikut kategori penerima yang layak:
- B40: RM600 – RM2,100
- M40: RM450 – RM900
Semua bayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima. Rujuk jadual di bawah untuk pecahan kategori penerima dan jumlah bantuan:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD
Cara guna bantuan SARA MyKasih untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA CARA SEMAK SARA MYKASIH?
Cara semak status penerima Bantuan MyKad RM100 kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:
SEMAK SARA MYKASIH MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK SARA MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT
Seorang ibu di Pahang meluahkan rasa syukur:
“Dengan adanya SARA, kami kurang rasa terbeban nak beli barang dapur asas.”
Tapi seorang warga emas di Perlis menyuarakan kesusahan:
“Nak pergi kedai terpilih jauh, kena minta tolong anak cucu untuk hantar.”
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK SARA MYKASIH
Boleh rujuk portal rasmi MyKasih Foundation atau senarai yang dikeluarkan kerajaan negeri.
Sistem akan automatik tolak transaksi barang tersebut di kaunter.
Boleh, penerima boleh campur bayar dengan tunai atau e-wallet.
Tidak. Ia hanya diberi mengikut tempoh dan dasar kerajaan semasa.
Ya, boleh guna di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak SARA MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]