TARIKH BAYAR STR FASA 3 2025 : SEMAKAN TERKINI

TARIKH BAYAR STR FASA 3 2025 : SEMAKAN TERKINI

Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3 adalah kesinambungan kepada usaha kerajaan bagi membantu golongan B40 dan M40. Berdasarkan Belanjawan 2025, bantuan ini akan diteruskan secara berperingkat dan diagihkan mengikut kategori kelayakan seperti isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan. Ramai yang menantikan tarikh bayaran STR fasa 3 terutama bagi merancang perbelanjaan kewangan keluarga.

Nak tahu bila tarikh bayaran STR fasa 3? Ikuti segala info lanjut yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: CARA LOGIN BANTUAN STR

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Pemohon perlu memastikan mereka benar-benar memenuhi syarat kelayakan untuk mendapat bantuan STR ini. Antara syarat-syarat kelayakan mengikut kategori pemohon ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang 21 tahun ke atas termasuk OKU 19 tahun ke atas yang sedang dalam tempoh pelajaran sepenuh masa di IPTA / IPTS tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang atau mana-mana kategori. Nama pelajar telah berdaftar sebagai tanggungan kepada ibu/bapa atau penjaga.

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Penerima bantuan akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan mereka semasa membuat permohonan STR. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • ISI RUMAH PENDAPATAN BAWAH RM2500 (B40)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
Tiada AnakRM1000
1-2 AnakRM1500
3-4 AnakRM2000
5 Anak Ke AtasRM2500
  • ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501-RM5000 (M40)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
Tiada AnakRM500
1-2 AnakRM750
3-4 AnakRM1000
5 Anak Ke AtasRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
Bawah RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
Bawah RM2500RM600

CARA BANTUAN STR DI BAYAR

Bantuan STR ini akan disalurkan melalui 2 cara yang mudah bagi melancarkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN STR

Semakan bagi kelayakan Bantuan STR 2025 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lengkap untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

LOGIN STR SEMAKAN STATUS

SEMAKAN BANTUAN STR

  1. Buka laman rasmi STR.

    Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  11. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

TARIKH BAYAR STR FASA 3

Penerima bantuan pastinya sedang menantikan bayaran untuk fasa 3. Bantuan STR disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya di mana pembayaran fasa 1 dan fasa 2 sudah diselesaikan. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYAR
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi pihak kerajaan. Berdasarkan rekod 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

RUJUKAN

Panduan bagi TARIKH BAYAR STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment