TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 (CHECK STATUS TERKINI 2025)

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 (CHECK STATUS TERKINI 2025)

Bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bagi tahun 2025 terus menjadi perhatian ramai rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan. Pembayaran STR ini merupakan salah satu inisiatif penting di bawah Belanjawan 2025 yang memberi keutamaan kepada golongan B40 dan M40 dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pembayaran bagi setiap fasa dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Nak tahu bila tarikh pembayaran STR Fasa 3? Ikuti segala info lanjut yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: SEMAK STATUS FASA 3 STR 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan STR adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori pemohon ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Penerima bantuan akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KEATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM2500RM600

CARA BAYARAN STR FASA 3

Bantuan STR Fasa 3 akan disalurkan melalui 2 cara yang fleksibel bagi memudahkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CARA SEMAK STR FASA 3

Semakan status terkini STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

CARA SEMAK STR FASA 3

SEMAKAN STR FASA 3 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Buka laman rasmi STR.

    Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  11. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3

Bantuan STR disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan mesti sedang menanti pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh bantuan STR Fasa 3 akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun lalu, bayaran bagi Fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

RUJUKAN

Panduan bagi Tarikh Pembayaran STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment