BANTUAN 100 MYKASIH : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA
Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan terus komited dalam usaha membantu rakyat berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Salah satu inisiatif yang diteruskan ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih yang menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM100 untuk M40 dan RM200 untuk golongan B40 terpilih. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad dan boleh digunakan di pasaraya terpilih bagi membeli barangan keperluan asas. Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan bersasar kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terus terbela.
Bagaimanakah cara nak dapat bantuan 100 MyKasih ini? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANGAN ASAS MYKASIH
SYARAT BANTUAN 100 MYAKSIH
Pemohon perlu memenuhi beberapa syarat untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan MyKasih ini. Antara syarat-syaratnya ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Bantuan 100 MyKasih akan dibayar pada tarikh yang berbeza mengikut kategori kelayakan penerima seperti butiran di bawah:
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Penerima bantuan MyKasih akan menerima jumlah bantuan yang berbeza secara tanpa tunai di dalam MyKad mereka mengikut kategori kelayakan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- Penerima M40 (STR sahaja):
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
- Penerima B40 (STR & eKasih):
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
CARA GUNA BANTUAN 100 MYKASIH
Penerima bantuan 100 MyKasih boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan dari senarai 14 kategori barang bantuan MyKasih 2025.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
CARA SEMAK BANTUAN 100 MYKASIH
Penerima bantuan yang layak boleh menggunakan platform online yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan proses semakan. Berikut disertakan portal rasmi dan langkah lengkap membuat semakan secara atas talian:

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH
- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan (contoh: RM100 Januari–Mac)
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan 100 MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]