SARA MYKASIH RM200 2025 : SEMAKAN ONLINE, PENDAFTARAN & PERMOHONAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan bulanan tanpa tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima. Penerima yang layak akan menerima sehingga RM200 sebulan (jumlah bantuan berbeza mengikut kategori kelayakan penerima). Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 1200 kedai runcit dan pasar raya berdaftar di seluruh negara.
Nak tahu macam mana cara mendapatkan bantuan RM200 sebulan? Ikuti info lanjut yang telah disediakan.
BACA JUGA: SENARAI BARANG DAPUR YANG BOLEH DIBELI
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh bakal penerima untuk melayakkan diri sebagai penerima bantuan SARA MyKasih. Antaranya:
- Warganegara Malaysia
- Tiada rekod pendapatan tetap
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori Isi Rumah
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih
JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH
Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad secara tanpa tunai adalah berbeza mengikut kategori penerima. RM200 sebulan adalah amaun yang diberikan untuk kategori Isi Rumah penerima eKasih yang bermula pada bulan April sehingga Disember.
Berikut disertakan jadual sebagai panduan lebih jelas tentang kategori penerima & jumlah bantuan:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| PENERIMA EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR) | ISI RUMAH: RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) BUJANG: RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
| PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN (STR SAHAJA) | ISI RUMAH: RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) BUJANG: Tidak layak |
SEMAKAN SARA MYKASIH RM200
Terdapat 2 platform rasmi yang boleh digunakan untuk menyemak bantuan sara MyKasih secara online. Antaranya ialah:
- PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my/
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad / IC
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selesai
- PORTAL RASMI MYSTR
- Layari laman web rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan nombor MyKad & kod captcha yang terpapar.
- Klik “Semak” atau “Log Masuk”.
- Jika pertama kali log masuk, anda perlu setkan kata laluan baharu melalui pautan “Lupa Kata Laluan”.
- Selepas log masuk, anda boleh semak:
- Status kelayakan
- Tarikh bayaran
- Amaun bantuan
- Maklumat pemohon
- Selesai
CARA PENDAFTARAN SARA MYKASIH
Pendaftaran SARA MyKasih RM200 tidak perlu dibuat secara manual. Ia adalah automatik berdasarkan hasil padanan data STR + eKasih berdasarkan maklumat berikut:
- Permohonan STR 2025
- Pastikan anda telah memohon atau kemas kini permohonan STR melalui portal:
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Hanya pemohon kategori Isi Rumah, Warga Emas & Bujang dengan status LULUS akan disemak untuk kelayakan.
- Pastikan anda telah memohon atau kemas kini permohonan STR melalui portal:
- Tersenarai dalam eKasih
- Penerima mestilah terdaftar dalam sistem eKasih & tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar
- eKasih dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM).
- Untuk semakan atau pendaftaran, hubungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau rujuk portal eKasih: https://ekasih2.icu.gov.my/
LANGKAH PERMOHONAN SARA MYKASIH
Tiada permohonan khas untuk Bantuan MyKasih. Penerima akan dipilih secara automatik berdasarkan semakan silang dari STR & eKasih. Jika layak, bantuan akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad. Antara 2 langkah penting untuk berpotensi layak menerima bantuan ini adalah:
- Buat Permohonan STR (jika belum):
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu”
- Jika anda penerima sedia ada, boleh log masuk untuk semakan atau kemas kini.
- Isi Maklumat Peribadi:
- Nama penuh
- Nombor MyKad
- Alamat
- Maklumat pendapatan isi rumah
- Maklumat pasangan & anak (jika ada)
- Muat Naik Dokumen Sokongan (jika perlu)
Contoh: salinan kad pengenalan/sijil nikah/sijil lahir anak/penyata gaji dll. - Semak & Sahkan Maklumat
- Pastikan maklumat tepat sebelum hantar.
- Hantar Permohonan
- Klik butang “Hantar”.
- Simpan nombor rujukan sebagai bukti permohonan.
- Semakan Status
- Semak status permohonan dari semasa ke semasa di laman STR.
- Buat Permohonan eKasih:
- Layari Laman Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Klik “Permohonan”
- Pilih menu “Daftar eKasih” atau “Cadangan Individu”.
- Isi Maklumat Asas:
- Nama penuh
- Nombor MyKad
- Alamat tempat tinggal
- Maklumat ahli keluarga
- Status pekerjaan & pendapatan isi rumah
- Hantar Permohonan
- Klik “Hantar”
- Maklumat akan dinilai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM).
- Pengesahan & Tapisan Kelayakan
- Pegawai akan buat lawatan atau semakan lanjut untuk pastikan anda layak atau tidak (terutama kategori miskin/miskin tegar).
- Status Pendaftaran
- Jika diluluskan, nama akan tersenarai dalam sistem eKasih & boleh digunakan untuk pelbagai bantuan seperti STR & MyKasih.
RUJUKAN
Artikel ini hanya bertujuan sekadar berkongsi maklumat terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya ada persoalan atau pertanyaan, anda boleh merujuk pihak yang berkaitan seperti di bawah:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih2.icu.gov.my/
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]