LOGIN MYKASIH (SEMAKAN ONLINE 2025)
Berdasarkan pengumumam rasmi Belanjawan 2025, 5.4 juta rakyat akan menikmati bantuan SARA MyKasih dalam membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Bantuan akan dikreditkan setiap bulan secara tanpa tunai ke dalam MyKad dan penerima dapat membuat pembelian di lebih 1200 kedai atau pasaraya yang terpilih.
Bagaimana nak login MyKasih untuk buat semakan online? Ikuti info lanjut yang telah kami sediakan.
BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN SARA MYKASIH
TARIKH BAYAR BANTUAN MYKASIH
Penerima bantuan terbahagi kepada dua iaitu penerima STR dan penerima eKasih. Berikut disertakan jadual berdasarkan kategori penerima dan tarikh agihan bantuan:
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BANTUAN |
|---|---|
| Penerima STR (Asas Bukan Miskin) | April sehingga Disember 2025 |
| Penerima eKasih (Miskin & Miskin Tegar) | Januari sehingga Disember 2025 |
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Jumlah bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima adalah berbeza mengikut kategori berikut:
| Penerima eKasih (Miskin & Miskin Tegar) | Penerima STR (Asas Bukan Miskin) |
|---|---|
| Isi Rumah: RM2100 | Isi Rumah: RM900 |
| Warga Emas Tiada Pasangan: RM1650 | Warga Emas Tiada Pasangan: RM450 |
| Bujang: RM600 | Bujang: Tidak Layak |
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH LOGIN
Beberapa kriteria telah ditetapkan kepada bakal penerima bantuan MyKasih bagi membolehkan ia dapat dimanfaatkn oleh golongan yang benar-benar layak. Berikut merupakan syarat:
- Warganegara Malaysia
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan. Atau;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
LOGIN MYKASIH
Terdapat 2 cara yang boleh digunakan untuk login (log masuk) MyKasih untuk memudahkan penerima bantuan membuat semakan. Antaranya ialah:
LOGIN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman web rasmi: https://mykasih.com.my
- Klik pada butang “Semak Status”
- Masukkan nombor MyKad (12 digit) & kod Captcha
- Klik “Semak Status”
- Status kelayakan & maklumat bantuan akan dipaparkan
- Selesai
LOGIN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad & log masuk
- Klik pada menu “Semakan Status”
- Maklumat bantuan MyKasih akan dipaparkan
- Selesai
KESIMPULAN
Program MyKasih 2025 adalah satu usaha berterusan kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi. Dengan kemudahan semakan online melalui portal MyKasih dan MySTR, penerima dapat menyemak status bantuan mereka dengan mudah secara berkala. Bantuan ini akan memberi manfaat besar untuk menjimatkan kos perbelanjaan barang asas kepada penerima.
RUJUKAN
1.Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
2.Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
3.Pengumuman Belanjawan 2025 (Kementerian Kewangan Malaysia) : https://www.treasury.gov.my/index.php/en/budget
4.Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
5.Emel MyKasih: [email protected]