BANTUAN MYKAD MADANI 2025 : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN BANTUAN RM200
Bantuan MyKad Madani merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 iaitu satu inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2025 untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Bilangan penerima bantuan yang layak meningkat dari 0.7 juta kepada 5.4 juta penerima. Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di 1200 kedai terpilih.
Bagaimanakah nak tahu sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan MyKad Madani? Jom ikuti info lanjut yang telah disediakan.
BACA JUGA: SENARAI BARANGAN DAPUR MYKASIH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI
Beberapa syarat telah ditetapkan bagi memastikan dapat disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak. Berikut merupakan syarat khusus yang ditetapkan oleh kerajaan. Bakal penerima mestilah:
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, bujang, atau warga emas
- Tersenarai sebagai miskin atau miskin tegar dalam sistem eKasih sehingga 31 Oktober 2024
PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Untuk menerima bantuan Mykad Madani, pemohon tidak perlu untuk membuat sebarang permohonan untuk mendapat bantuan. Sumbangan ini disalurkan terus secara automatik berdasarkan kelayakan penerima menerusi:
- Data MySTR dan;
- Data eKasih
Pastikan para pemohon bantuan membuat kemaskini data STR secara berkala jika terdapat sebarang perubahan maklumat.
TARIKH BAYARAN & KATEGORI PENERIMA BANTUAN
Tarikh bantuan MyKad Madani 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima seperti dalam jadual di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BANTUAN |
|---|---|
| Penerima STR & eKasih (Miskin & Miskin Tegar) | Bermula 15 Januari 2025 sehingga Disember 2025 |
| Penerima STR (Asas Bukan Miskin) | Bermula April 2025 sehingga Disember 2025 |
JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH
Jumlah bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad secara tanpa tunai adalah berbeza mengikut kategori berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| PENERIMA STR & EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR) | ISI RUMAH: RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) BUJANG: RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
| PENERIMA STR (ASAS BUKAN MISKIN) | ISI RUMAH: RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) BUJANG: Tidak layak |
SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI
Kerajaan telah menyediakan 2 platform rasmi bagi memudahkan urusan penerima bantuan untuk membuat semakan.
- PORTAL RASMI MYKASIH
- PORTAL RASMI MYSTR
SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari laman web MyKasih : https://mykasih.com.my
- Klik “Semak Status”
- Masukkan nombor MyKad & kod captcha
- Klik “Semak Status”
- Selesai
SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYSTR
- Layari laman web MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad & log masuk
- Klik “Semakan Permohonan”
- Klik “Maklumat Bayaran”
- Selesai
PENAFIAN
Artikel ini hanya sebagai panduan umum sahaja. Tulisan di dalam artikel ini tidak mewakili mana-mana agensi rasmi kerajaan. Info yang dikongsikan adalah berdasarkan sumber rasmi terkini. Sebarang perubahan tertakluk kepada pengumuman terkini pihak yang berkaitan.
RUJUKAN
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Pengumuman Belanjawan 2025 (Kementerian Kewangan Malaysia) : https://www.treasury.gov.my/index.php/en/budget
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900