SEMAKAN STATUS STR FASA 3 : (2025) CHECK KELAYAKAN TERKINI PENERIMA

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 : (2025) CHECK KELAYAKAN TERKINI PENERIMA

Bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus menjadi inisiatif penting kerajaan dalam meringankan beban rakyat terutamanya golongan B40. Untuk tahun 2025, STR Fasa 3 menjadi salah satu fasa yang dinanti-nantikan membabitkan pembayaran kepada penerima yang layak berdasarkan data terkini. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperkukuh komitmen terhadap kesejahteraan rakyat dengan menambah baik sistem agihan bantuan agar lebih efisien dan menyeluruh.

Bagaimanakah nak buat semakan status STR Fasa 3? Ikuti segala kupasan lanjut yang telah disediakan dalam artikel ini.

BACA JUGA: CHECK TARIKH STR FASA 3

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan yang terpilih adalah benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori pemohon ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Bantuan STR dibayar dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa permohonan. Berikut adalah jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • PENERIMA M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM2500RM600

CARA BAYARAN STR FASA 3

Terdapat 2 cara bayaran bantuan STR bagi memudahkan penerima yang layak seperti butiran berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Pembayaran STR terbahagi kepada 4 fasa. Bagi Fasa 1 & 2, pembayaran telah selesai dilaksanakan. Kini untuk pembayaran fasa 3, rakyat perlu menantikan pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Berikut disertakan jadual tentang fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh sebenar akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September. – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

SEMAKAN STATUS STR FASA 3

Semakan status kelayakan STR Fasa 3 amat penting bagi memastikan bantuan diterima tanpa sebarang masalah. Berikut disertakan panduan lengkap cara semak status STR melalui laman rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN STATUS STR FASA 3

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

  1. Buka laman rasmi STR.

    Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
    Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  11. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Status STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment