STR FASA 3 TARIKH BAYARAN : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR FASA 3 TARIKH BAYARAN : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bagi tahun 2025 kini menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan kenaikan kos perbelanjaan harian. Melalui Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh kerajaan, program STR terus diperkukuh bagi memastikan rakyat yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan. Fasa 3 merupakan salah satu komponen penting dalam penyaluran bantuan secara berperingkat bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi.

Nak tahu bila tarikh bayaran STR Fasa 3? Ikuti artikel ini untuk segala info yang lebih lengkap.

BACA JUGA: SEMAK STATUS STR 2025 SECARA ONLINE

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Terdapat beberapa syarat kelayakan mengikut kategori pemohon yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Penerima bantuan STR akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • PENERIMA M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM2500RM600

CARA BAYARAN STR FASA 3

Bantuan STR Fasa 3 akan disalurkan melalui 2 cara yang lebih efisien bagi melancarkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CARA SEMAK STR FASA 3

Penerima yang layak boleh membuat semakan status terkini bagi memastikan mereka tidak terlepas maklumat penting. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan STR melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

CARA SEMAK STR FASA 3

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

    Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

    Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  8. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Bantuan STR disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pastinya sedang menantikan pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemaskini semula mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun lalu, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

RUJUKAN

Panduan bagi STR Fasa 3 Tarikh Bayaran ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline STR: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email: [email protected]

Leave a Comment