SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN KELAYAKAN RM1250 & RM600

SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN KELAYAKAN

Dalam usaha membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup, kerajaan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bagi tahun 2025 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam meringankan beban perbelanjaan rakyat berpendapatan rendah termasuk kategori isi rumah (B40 & M40), warga emas dan bujang. Semakan status terkini boleh dilakukan secara atas talian bagi memastikan penerima bantuan tidak terlepas sebarang info penting.

Bagaimanakah cara semak status bantuan STR Fasa 3? Artikel ini akan membantu anda untuk menyemak status terkini STR Fasa 3 bagi tahun 2025.

BACA JUGA: TARIKH BAYARAN STR FASA 3

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori pemohon ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Penerima bantuan STR 2025 akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • PENERIMA M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM2500RM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Bantuan STR 2025 disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pastinya sedang menantikan pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Berdasarkan rekod tahun lalu, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

CARA BAYARAN BANTUAN STR

Bantuan STR akan disalurkan melalui 2 cara yang mudah bagi melancarkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN STR

Semakan bagi status terkini bantuan STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

CARA SEMAK STATUS BANTUAN STR

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

    Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

    Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  8. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Status Bantuan STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment