TARIKH MASUK BANTUAN STR : SEMAKAN STATUS TERKINI PENERIMA
Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) terus menjadi salah satu inisiatif penting kerajaan dalam membantu golongan B40 dan M40 menghadapi tekanan kos sara hidup. Bagi tahun 2025, tarikh masuk bantuan STR menjadi tumpuan ramai khususnya penerima yang ingin mengetahui status kemasukan bayaran masing-masing bagi Fasa 3. Melalui Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh kerajaan, peruntukan STR ditingkatkan demi memastikan bantuan sampai kepada yang benar-benar memerlukan.
Nak tahu bila tarikh masuk bantuan STR? Ikuti artikel ini untuk segala info lengkap yang telah disediakan.
BACA JUGA: SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 3
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori pemohon ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima bantuan STR masing-masing akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- PENERIMA B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- PENERIMA M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| <RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| <RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Bantuan STR akan disalurkan melalui 2 cara yang mudah bagi memastikan proses pembayaran lebih efisien bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
CARA SEMAK BANTUAN STR
Semakan bagi status kelayakan bantuan STR boleh dibuat melalui atas talian (online) sahaja. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
TARIKH MASUK BANTUAN STR
Bantuan STR 2025 disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Untuk tarikh bantuan STR Fasa 3, penerima perlu menunggu pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini semula mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan sejarah pembayaran tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi Tarikh Masuk Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]