CARA SEMAK NO TIN LHDN : (2025) NOMBOR PENGENALAN CUKAI DI MALAYSIA
TIN atau Tax Identification Number ialah nombor unik 12 digit yang diberikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kepada individu atau entiti yang dikehendaki membayar cukai pendapatan. Ia digunakan dalam sistem e-Filing, semakan rekod cukai, dan urusan rasmi dengan pihak kerajaan. Bermula Bajet 2022 (29 Oktober 2021), semua individu berumur 18 tahun dan ke atas serta entiti yang layak kena cukai wajib miliki TIN. Digunakan dalam urusan e-Daftar, e-Filing, e-Lejar, dan e-Billing membantu memastikan sistem pentadbiran cukai lebih efisien .
BACA JUGA: Permohonan Pengecualian Cukai Jalan OKU: Semakan, Syarat Kelayakan dan Proses Permohonan 2025
SIAPA YANG PERLU MILIKI TIN
- Individu warganegara atau bukan warganegara, umur 18 tahun ke atas yang layak dikenakan cukai.
- Syarikat atau perniagaan (individu, syarikat Sdn. Bhd., perkongsian & PLT) yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
Struktur Nombor TIN
TIN terdiri dari:
- 2 digit pertama – kod pemeriksaan cukai.
- 6 digit tengah – sebagai nombor siri pembayar cukai.
- 2 digit akhir – diguna sebagai kod kawalan semak rentas melalui algoritma khas.
CARA MOHON TIN
Pendaftaran Otomatik
- Melalui potongan PCB secara automatik bagi pekerja.
- Syarikat yang berdaftar dengan SSM (MyCoID) akan dimasukkan secara automatik.
Pendaftaran Manual / Online
- e-Daftar via portal MyTax (mytax.hasil.gov.my).
- Serahan borang pendaftaran manual di cawangan LHDN.
- Permohonan bagi individu bukan warganegara, perniagaan kecil, atau selain dari PCB.
Tempoh Siap
- Permohonan e-Daftar biasanya diproses dalam 3 hari bekerja .
CARA SEMAK NO TIN LHDN
- Masuk ke laman rasmi MyTax: https://mytax.hasil.gov.my/.
- Log masuk dengan MyKad/Kata Laluan/MyIdentity.
- Pergi ke menu “Maklumat Cukai”.
- Nombor TIN akan dipaparkan.
Jika terdapat masalah untuk semakan secara online. Individu juga boleh hubungi melalui:
- Hubungi LHDN: Melalui e-mel rasmi atau talian Hasil Care Line (03‑8911 1000).
- Lawat Cawangan LHDN terdekat untuk semakan secara langsung.
CARA DAFTAR E-FILLING
- Layari portal ezHasil MyTax (dibuka bermula 1 Mac 2025 bagi tahun taksiran 2024).
- Mohon Sijil Digital / PIN (melalui e‑CP55D atau e‑KYC).
- Log masuk → isi borang e‑BE / e‑B / e‑M → hantar.
- Bayar cukai atau semak lebihan bayaran melalui e‑Lejar/e‑Billing jika perlu.
RUJUKAN
Panduan bagi Cara Semak No TIN LHDN ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal untuk semakan No TIN. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selapas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi LHDN : https://www.hasil.gov.my/
- Hotline HASiL : 03-8911 1000