GERAN AGROPRENEUR MUDA 2025 : SEMAK KELAYAKAN DAN CARA MOHON

GERAN AGROPRENEUR MUDA 2025 : SEMAK KELAYAKAN DAN CARA MOHON

Kerajaan Malaysia melalui KPKM memperkenalkan Program Agropreneur Muda sebagai salah satu inisiatif penting bagi melahirkan generasi usahawan agro yang berdaya saing dan inovatif. Salah satu tarikan utama dalam program ini ialah pemberian Geran Agropreneur Muda (GAM), sebuah bentuk bantuan kewangan dalam bentuk barangan atau peralatan yang bertujuan menyokong pengusaha muda dalam memulakan serta mengembangkan perniagaan berasaskan agro.

Semak maklumat lanjut dibawah secara terperinci untuk langkah permohonan, syarat kelayakan, serta manfaat yang ditawarkan menerusi geran ini.

BACA JUGA: Rumah Mesra Rakyat 2025 Permohonan: Semak Syarat dan Langkah Permohonan

APA ITU GERAN AGROPRENEUR MUDA 2025

Geran Agropreneur Muda adalah bantuan khusus kepada individu berumur antara 18 hingga 45 tahun yang berminat dan serius untuk menceburi bidang pertanian moden. Program ini bukan sahaja menyediakan geran dalam bentuk barangan atau input pertanian, malah menawarkan latihan teknikal, khidmat nasihat, serta sokongan berterusan daripada agensi berkaitan di bawah KPKM.

Geran ini terbahagi kepada tiga kategori utama:

  1. GAM Start-Up
    Ditawarkan kepada agropreneur muda yang baru ingin memulakan projek pertanian atau industri asas tani. Nilai bantuan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM30,000 untuk projek huluan (tanaman, ternakan, perikanan), dan sehingga RM20,000 untuk projek hiliran seperti pemprosesan makanan.
  1. GAM Scale-Up
    Dikhususkan untuk penerima GAM Start-Up yang telah berjaya menjalankan projek dan kini ingin meningkatkan kapasiti atau skala operasi. Bantuan dalam bentuk barangan ini boleh mencecah sehingga RM50,000.
  1. GAM Peluang Kedua
    Disediakan bagi usahawan agro muda yang projeknya terjejas akibat bencana alam atau faktor tidak dijangka. Bantuan boleh mencapai sehingga RM20,000 untuk membolehkan mereka bangkit semula.

SYARAT PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA 2025

Setiap kategori geran mempunyai syarat yang sedikit berbeza bergantung kepada tahap dan jenis projek. Berikut ialah syarat umum serta tambahan bagi setiap jenis geran:

Syarat Umum:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 45 tahun.
  • Mempunyai minat dan komitmen dalam bidang pertanian atau industri asas tani.
  • Mampu membaca, menulis, dan mengira.
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan.
  • Boleh menjalankan projek di Malaysia.

Kelayakan Tambahan Untuk GAM Start-Up:

  • Pendapatan bersih bulanan kurang daripada RM5,000.
  • Telah menghadiri kursus teknikal pertanian yang diiktiraf oleh agensi KPKM, ATAU memiliki kelayakan akademik dalam bidang pertanian.
  • Projek mestilah dijalankan secara individu (bukan syarikat/entiti korporat).

Kelayakan Tambahan Untuk GAM Scale-Up:

  • Penerima terdahulu Geran Agropreneur Muda Start-Up.
  • Projek sedang berjalan dengan baik dan berpotensi untuk dikembangkan.
  • Pendapatan bersih bulanan melebihi RM5,000.
  • Menunjukkan rekod prestasi projek yang memuaskan melalui laporan aktiviti

JENIS PROJEK YANG LAYAK MEMOHON

Geran Agropreneur Muda merangkumi pelbagai cabang dalam sektor pertanian, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

TanamanTernakanPerikananIndustri Asas Tani & Makanan
sayur-sayuran, buah-buahan, herba, tanaman kontan, fertigasi, hidroponik.lembu, kambing, ayam, itik, arnab.akuakultur, kolam ikan, sistem aquaponik, penternakan udang.pemprosesan makanan, pembungkusan produk, penghasilan produk nilai tambah seperti sambal, kerepek, jus dan sebagainya.

CARA MOHON GERAN AGROPRENEUR MUDA

  1. Layari Laman eGAM: https://egam.kpkm.gov.my
    • Pemohon perlu mendaftar akaun baharu dan memastikan maklumat peribadi serta butiran projek diisi dengan lengkap.
  2. Lengkapkan Borang Permohonan
    • Isi maklumat latar belakang projek, objektif, lokasi, dan anggaran kos. Sertakan pelan perniagaan ringkas sebagai dokumen sokongan.
  3. Muat Naik Dokumen Sokongan
    • Salinan Kad Pengenalan.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan tiada pendapatan.
    • Gambar tapak projek / premis.
    • Salinan sijil kursus (jika ada).
    • Sijil akademik berkaitan (jika berkenaan)
  4. Pengesahan dan Penilaian
    • Permohonan akan dinilai oleh jawatankuasa teknikal mengikut kriteria kelayakan. Tapak projek mungkin akan dilawati untuk tujuan penilaian fizikal.
  5. Keputusan dan Pelaksanaan
    • Jika diluluskan, bantuan akan diberikan dalam bentuk barangan/peralatan. Pemohon akan diminta menandatangani surat setuju terima dan menjalani sesi taklimat pelaksanaan projek.

KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

  1. Sokongan Modal Awal
    • Membantu mengurangkan beban modal permulaan.
  2. Latihan dan Bimbingan
    • Peserta akan menerima latihan teknikal serta pemantauan berterusan oleh pegawai pertanian.
  3. Peluang Pasaran
    • Akses kepada pasar tani, outlet FAMA, e-dagang dan jaringan koperasi.
  4. Jaminan Bimbingan Profesional
    • Kerjasama dengan agensi seperti Jabatan Pertanian, DOF, DVS, FAMA, Mardi dan lain-lain.
  5. Rangkaian Usahawan Muda
    • Berpeluang menyertai komuniti Agropreneur Muda seluruh negara untuk berkongsi ilmu, peluang dan inovasi baharu.

RUJUKAN

Panduan bagi permohonan Geran Agropreneur Muda 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selapas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment