SEMAKAN ONLINE STATUS STR : (FASA 3 2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan langsung daripada kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan khususnya golongan B40 dan M40. Bagi tahun ini, Belanjawan 2025 telah memperuntukkan perbelanjaan khusus untuk memastikan bantuan STR diagihkan secara lebih menyeluruh dan berfasa. Kini, Fasa 3 STR mula menjadi perhatian apabila ramai ingin mengetahui status kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah nak buat semakan online status STR? Ikuti segala panduan lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: SEMAK TARIKH BAYARAN STR 2025
SYARAT KELAYAKAN STATUS STR
Ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya berdasarkan kategori permohonan adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu berkategori bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
TARIKH BAYARAN STR 2025
Bayaran bantuan STR 2025 terbahagi kepada 4 fasa, yang mana bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 telah selesai. Untuk pembayaran Fasa 3, tarikh akan diumumkan oleh kerajaan. Berikut disertakan jadual tentang fasa bantuan dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Bayaran bagi fasa 3 pada tahun 2024 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Bayaran bantuan STR yang diterima akan berbeza jumlah bergantung kepada kategori kelayakan penerima. Berikut disertakan jadual sebagai gambaran yang lebih jelas tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- PENERIMA B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- PENERIMA M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Pembayaran tunai STR akan dibayar melalui 2 cara berdasarkan jenis penerima seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN ONLINE STATUS STR
Penerima bantuan STR yang layak boleh membuat semakan status secara online sahaja. Berikut disertakan langkah-langkah terperinci untuk membuat semakan melalui platform rasmi yang telah disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR
- Buka laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
-Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Online Status STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email: [email protected]