SEMAK SKAS : (2026) CHECK STATUS BAYARAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Semak SKAS 2026 menjadi carian penting bagi penduduk di Sarawak yang ingin mengetahui status penerimaan bantuan serta maklumat bayaran yang diagihkan oleh kerajaan negeri. Program ini diperkenalkan sebagai inisiatif bantuan kewangan bagi membantu golongan yang layak menghadapi peningkatan kos sara hidup. Melalui skim ini, penerima boleh menyemak kelayakan dan status bayaran secara dalam talian menggunakan sistem rasmi yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.
Rujuk maklumat lanjut yang telah dihuraikan dalam artikel di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA ITU SKAS?
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah bantuan tunai yang diberikan kepada penduduk Sarawak tertentu berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu keluarga yang memerlukan dalam menghadapi tekanan kos kehidupan harian yang semakin meningkat. Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan penerima, khususnya bagi golongan yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan tambahan.

SIAPA LAYAK TERIMA SKAS 2026?
Penerima perlu memenuhi beberapa syarat asas bagi melayakkan diri menerima bantuan SKAS Sarawak 2026. Semak syarat-syarat SKAS berikut:
SYARAT UTAMA
- Semua Kategori Pemegang Kad Pengenalan âKâ Sarawak, tinggal di Sarawak.
- Maklumat penerima diambil berdasarkan data STR yang dikemaskini.
SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
- Isi Rumah
- Berkahwin atau ibu/bapa tunggal/balu/duda yang mempunyai tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau di bawah.
- Tiada had umur.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- 60 tahun ke atas.
- Tiada pasangan atau anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau di bawah.
- Bujang
- Tidak mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Umur 21-59 tahun; OKU yang berumur 19 tahun dan ke atas termasuk dalam kategori ini.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SKAS YANG DISALURKAN?
Jumlah bantuan SKAS 2026 akan ditingkatkan dengan pembayaran yang dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali setahun. Melalui Belanjawan Sarawak 2026, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM640 juta bagi memastikan pelaksanaan skim ini berjalan lancar. Perincian kadar bayaran SKAS bagi setiap kategori penerima boleh di semak dalam jadual bayaran yang disediakan:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN KESELURUHAN | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 |
|---|---|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM950 | RM316 | RM316 | RM318 |
| WARGA EMAS TANPA PASANGAN | RM500 | RM166 | RM166 | RM168 |
| BUJANG | RM300 | RM100 | RM100 | RM100 |

BILA TARIKH BAYARAN SKAS FASA 1?
Penyaluran bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) dilaksanakan dalam tiga fasa pembayaran sepanjang tahun 2026. Tarikh pengkreditan adalah seperti berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 10 Mac 2026 |
| FASA 2 | 25 Mei 2026 |
| FASA 3 | 10 November 2026 |
Semua penerima disarankan memastikan aplikasi SPay Global berada dalam keadaan aktif bagi memudahkan semakan kemasukan bantuan yang telah dikreditkan.

SEMAK SKAS
Penerima bantuan STR akan menerima bantuan SKAS 2026 secara automatik tanpa perlu membuat permohonan baharu. Penerima SKAS boleh semak status melalui laman web rasmi kerajaan Sarawak menggunakan Sarawak ID serta nombor kad pengenalan. Langkah lengkap semak SKAS adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://sarawak.gov.my
- Klik Check Eligibility (Sila pastikan anda mempunyai akaun SarawakID yang sah.
- Log masuk menggunakan akaun SarawakID anda dan klik Next.
- Klik My Individual Account.
- Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026.

BAGAIMANA SKAS 2026 DIMOHON?
Tiada permohonan baharu dibuka untuk SKAS 2026 kerana data penerima akan berpandukan rekod Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Bagi individu yang tercicir atau mengalami perubahan status, rayuan atau permohonan baharu boleh dibuat mengikut tarikh yang akan diumumkan oleh pihak berkuasa kelak.
Pendaftaran bantuan SKAS Sarawak 2026 hanya boleh dibuat melalui aplikasi SarawakPass. Individu yang belum mempunyai akaun perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan sebelum meneruskan proses seterusnya.
- Layari Portal Rasmi SarawakPass: https://sarawakpass.sarawak.gov.my/register
- Pilih Daftar Akaun Baharu
- Klik Register / Sign Up untuk akaun baharu.
- Isi Maklumat Peribadi
- Masukkan maklumat seperti:
- Nama penuh
- Nombor Kad Pengenalan / MyKad
- Tarikh lahir
- Emel dan nombor telefon
- Masukkan maklumat seperti:
- Buat Pengesahan
- Sahkan identiti anda melalui kod OTP yang dihantar ke emel atau telefon.
- Tetapkan Kata Laluan
- Pilih kata laluan yang selamat untuk akaun anda.
- Log Masuk
- Selepas pendaftaran berjaya, log masuk ke akaun SarawakPass untuk mula menggunakan perkhidmatan termasuk permohonan SKAS.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK SKAS
Secara umum, penerima STR yang layak di Sarawak berkemungkinan menerima SKAS berdasarkan rekod bantuan sedia ada.
Individu boleh menunggu pengumuman rasmi berkaitan rayuan atau kemas kini data kelayakan yang mungkin dibuka pada masa tertentu.
Ya, semakan boleh dibuat secara dalam talian menggunakan peranti mudah alih melalui portal rasmi yang disediakan.
Penerima disarankan mengemas kini maklumat melalui sistem atau saluran rasmi yang berkaitan.
Dalam beberapa keadaan, pengesahan data mungkin dilakukan bagi memastikan maklumat penerima adalah tepat.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak SKAS ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi SKAS: https://service.sarawak.gov.my/web/
- Pusat Talikhidmat Sarawak: Telefon: +6082-555999 / Emel: [email protected]