SKAS SEMAKAN : (FASA 1) STATUS PENERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2026

SKAS SEMAKAN : (FASA 1) STATUS PENERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2026

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu penduduk yang memerlukan menghadapi kos hidup harian. Melalui Fasa 1, penerima yang layak boleh membuat semakan status bantuan SKAS secara mudah dan pantas, memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan sasaran dengan tepat.

Artikel ini menyediakan panduan lengkap cara semakan, pendaftaran, serta maklumat bayaran bagi Fasa 1 SKAS 2026.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA ITU SKAS?

SKAS merupakan bantuan tunai yang disalurkan kepada penduduk Sarawak berdasarkan kriteria tertentu yang ditetapkan kerajaan negeri. Tujuannya adalah untuk meringankan beban keluarga yang menghadapi tekanan kos kehidupan harian dan memastikan bantuan sampai kepada penerima yang benar-benar layak.

APA ITU SKAS

SIAPA LAYAK TERIMA SKAS 2026?

Penerima SKAS Fasa 1 2026 perlu memenuhi beberapa syarat asas seperti berikut:

SYARAT UTAMA

  • Semua Kategori Pemegang Kad Pengenalan “K” Sarawak, tinggal di Sarawak.
  • Maklumat penerima diambil berdasarkan data STR yang dikemaskini.

SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

  • Isi Rumah
    • Berkahwin atau ibu/bapa tunggal/balu/duda yang mempunyai tanggungan.
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau di bawah.
    • Tiada had umur.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • 60 tahun ke atas.
    • Tiada pasangan atau anak.
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau di bawah.
  • Bujang
    • Tidak mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
    • Umur 21-59 tahun; OKU yang berumur 19 tahun dan ke atas termasuk dalam kategori ini.
SIAPA LAYAK TERIMA SKAS 2026

BERAPA JUMLAH SKAS FASA 1?

Jumlah bantuan yang diterima bergantung kepada kategori kelayakan penerima dan akan disalurkan melalui saluran rasmi bagi memastikan proses agihan selamat dan lancar. Perincian bayaran seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
KESELURUHAN
FASA 1FASA 2FASA 3
ISI RUMAHRM950RM316RM316RM318
WARGA EMAS TANPA PASANGANRM500RM166RM166RM168
BUJANGRM300RM100RM100RM100
BERAPA JUMLAH SKAS FASA 1

BILA TARIKH SKAS FASA 1 DIKREDITKAN?

Bayaran SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) akan disalurkan secara berperingkat dalam tiga fasa sepanjang tahun 2026. Berikut ialah tarikh pengkreditan bantuan bagi setiap fasa:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 110 Mac 2026
FASA 225 Mei 2026
FASA 310 November 2026

*Penerima sila pastikan aplikasi SPay Global berada dalam keadaan aktif dan boleh diakses bagi memudahkan semakan status kemasukan bantuan SKAS.

TARIKH FASA BAYARAN

SKAS SEMAKAN

Penerima bantuan STR akan menerima bantuan SKAS secara automatik tanpa perlu membuat permohonan. Semakan status terkini penerima SKAS boleh dibuat melalui laman web rasmi kerajaan Sarawak dengan menggunakan Sarawak ID dan nombor MyKad. Langkah semakan penuh SKAS seperti berikut:

  1. Layari laman web https://sarawak.gov.my
  2. Klik Check Eligibility (Sila pastikan anda mempunyai akaun SarawakID yang sah.
  3. Log masuk menggunakan akaun SarawakID anda dan klik Next.
  4. Klik My Individual Account.
  5. Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
  6. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026.
SKAS SEMAKAN

BAGAIMANA SKAS DIMOHON?

Tiada permohonan baharu dibuka bagi tahun 2026 kerana data penerima SKAS akan berpandukan rekod penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

Individu yang ada perubahan status atau tercicir dari mendapat bantuan boleh membuat rayuan atau permohonan baharu mengikut tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Proses pendaftaran SKAS hanya boleh dilakukan melalui aplikasi SarawakPass. Bagi individu yang tiada akaun perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum meneruskan proses seterusnya.

  1. Layari Portal Rasmi SarawakPass: https://sarawakpass.sarawak.gov.my/register
  2. Pilih Daftar Akaun Baharu
    • Klik Register / Sign Up untuk akaun baharu.
  3. Isi Maklumat Peribadi
    • Masukkan maklumat seperti:
      • Nama penuh
      • Nombor Kad Pengenalan / MyKad
      • Tarikh lahir
      • Emel dan nombor telefon
  4. Buat Pengesahan
    • Sahkan identiti anda melalui kod OTP yang dihantar ke emel atau telefon.
  5. Tetapkan Kata Laluan
    • Pilih kata laluan yang selamat untuk akaun anda.
  6. Log Masuk
    • Selepas pendaftaran berjaya, log masuk ke akaun SarawakPass untuk mula menggunakan perkhidmatan termasuk permohonan SKAS.
SARAWAKPASS

SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS SEMAKAN

Apa itu SarawakPass?

SarawakPass ialah platform rasmi untuk pendaftaran dan pengesahan penerima bantuan kerajaan negeri.

Bolehkah saya semak status SKAS tanpa Sarawak ID?

Tidak, Sarawak ID diperlukan untuk log masuk dan semakan status penerima.

Bolehkah penerima menukar maklumat akaun selepas pendaftaran?

Ya, kemas kini boleh dibuat melalui aplikasi SarawakPass sebelum pembayaran dikreditkan.

Bagaimana jika bantuan tidak diterima pada tarikh yang diumumkan?

Semak status melalui portal rasmi dan hubungi pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Adakah bayaran SKAS dikreditkan terus ke akaun penerima?

Ya, bayaran akan dikreditkan mengikut maklumat akaun yang didaftarkan dalam SarawakPass.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi SKAS Semakan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment