PERMOHONAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS & KEMASKINI BANTUAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai tahunan yang disalurkan oleh kerajaan kepada isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak. Dalam Belanjawan 2026, kerajaan mengekalkan STR sebagai antara inisiatif utama di bawah kerangka Ekonomi Madani bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Bagi tahun 2026, permohonan dan kemas kini maklumat STR boleh dibuat secara atas talian bermula 13 OKtober 2026 melalui portal rasmi MySTR bagi memudahkan pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat kelayakan dikekalkan seperti tahun sebelumnya dengan beberapa penambahbaikan kecil bagi memastikan ketelusan dan keadilan agihan. Antara syarat-syarat kelayakan STR 2026 adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Perhatian: Bujang berumur 21 tahun ke atas dan OKU 19 tahun ke atas (masih menuntut di IPTA/IPTS) tidak layak memohon kategori bujang. Mereka hanya boleh disenaraikan di bawah tanggungan isi rumah.
BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN STR 2026 YANG DIBERIKAN?
Bayaran STR 2026 akan diberikan dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori penerima yang layak sama ada isi rumah B40, isi rumah M40 dan warga emas tiada pasangan. Kategori bujang tidak layak untuk Bantuan STR 2026. Berikut adalah perinciannya:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |
CARA PERMOHONAN STR 2026 ONLINE
Permohonan STR 2026 boleh dilakukan sepenuhnya secara digital bagi memudahkan urusan rakyat. Pendaftaran baru dan kemas kini boleh dibuat menggunakan komputer atau telefon pintar. Langkah-langkah permohonan STR 2026 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik menu “Permohonan Baharu / Kemas Kini STR 2026”
- Log masuk atau daftar akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan
- Lengkapkan maklumat peribadi, pendapatan isi rumah, pasangan dan tanggungan
- Semak semula semua maklumat dan klik Hantar Permohonan
- Simpan atau cetak resit sebagai rujukan

APA DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN STR 2026?
Untuk memudahkan proses semakan dan kelulusan, pemohon disaran menyediakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon dan pasangan
- Sijil lahir / MyKid anak-anak tanggungan
- Penyata pendapatan / slip gaji terkini
- Dokumen perkahwinan atau perceraian (jika berkaitan)
- Bukti akaun bank aktif
CARA LOG MASUK AKAUN MYSTR
Untuk menyemak status atau mengemaskini maklumat STR anda, pastikan anda log masuk ke akaun MySTR terlebih dahulu. Berikut langkah-langkahnya:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda di ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang “Log Masuk”.
- Tekan “Semak” selepas anda memastikan nombor kad pengenalan dimasukkan dengan betul.
- Jika kata kunci keselamatan (security phrase) yang dipaparkan adalah betul, klik “Ya” untuk meneruskan.
- Masukkan kata laluan (password) akaun MySTR anda dan klik “Log Masuk” sekali lagi.
- Selesai.
*Sekiranya anda telah membuat permohonan STR sebelum ini, status permohonan dan maklumat kelayakan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” dalam portal tersebut.
STR 2026 SEMAKAN STATUS
Semakan status STR 2026 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sila pilih menu Log Masuk MySTR dan klik Semakan Status. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut adalah langkah-langkah lengkap semakan:
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2026].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran akan dipaparkan.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan STR 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]