CHECK STATUS STR: (FASA 4 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CHECK STATUS STR: (FASA 4 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 telah memasuki fasa terakhir bayaran. Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui pemberian tunai secara berperingkat kepada yang layak.

Bagi Fasa Ke-4 (empat) ini, bayaran akan mula diagihkan bermula 18 Oktober 2025. Penerima boleh membuat semakan atau check status terkini bantuan STR dengan mengikuti panduan yang di berikan di bawah.

BACA JUGAPERHARGAAN SARA RM100 DALAM MYKAD – BELANJAWAN 2026

CHECK KELAYAKAN STR FASA 4

Bagi memastikan bantuan tunai STR ini diterima oleh golongan yang benar-benar layak, beberapa syarat telah ditetapkan kepada individu mengikut kategori yang dipohon. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • SYARAT KELAYAKAN STR
KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
ISI RUMAH– Kahwin atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
– Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS
(TIADA PASANGAN)
– Bujang atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
– Berumur 60 tahun ke atas.
– Pendapatan RM5,000 ke bawah.
BUJANG– Bujang atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
– Berumur 21-59 tahun.
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
– Pendapatan RM2,500 ke bawah.

Nota : Individu bujang yang sedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa di IPTA/IPTS tidak layak untuk membuat permohonan bantuan STR. Bantuan hanya akan diterima oleh ibu/bapa atau penjaga yang layak.

BAGAIMANA CARA CHECK STATUS STR FASA 4?

Bagi memastikan status permohonan anda diketahui, berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan Bantuan (STR) melalui beberapa kaedah:

1. MELALUI PORTAL RASMI STR

Pihak kerajaan telah menyediakan laman web rasmi bagi pemohon untuk buat semakan status mereka. langkah semakan adalah seperti berikut:

  1. Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  2. Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Sila tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.

  11. Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  12. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  13. Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.

  14. Proses semakan selesai.

2. MELALUI PORTAL MYKASIH

Semakan juga boleh dibuat melalui laman rasmi MyKasih dengan ikuti langkah berikut:

  • Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/
  • Klik pada [Semak Kelayakan].
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
  • Dan tekan [Semakan Status].
  • Maklumat terkini penerima akan dipaparkan.

3. MELALUI HOTLINE RASMI

Sekiranya menghadapi kesukaran dalam mengakses laman web, anda boleh menghubungi Hotline STR di nombor berikut:

  • Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

4. HADIR KE CAWANGAN LHDN TERDEKEKAT

Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet atau mengalami masalah teknikal, boleh hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan untuk membuat semakan dan mendapatkan bantuan lanjut.

DOKUMEN RAYUAN STR

Sekiranya permohonan STR anda tidak lulus atau anda ingin membuat rayuan, anda perlu menyediakan dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Slip gaji atau penyata pendapatan (jika bekerja sendiri, surat akuan pendapatan boleh digunakan).
  • Sijil perkahwinan atau sijil perceraian (bagi ibu/bapa tunggal).
  • Dokumen sokongan lain seperti bil elektrik atau air sebagai bukti alamat.

RUJUKAN

Panduan bagi Check Status STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment