STR FASA 4 OKTOBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

STR FASA 4 OKTOBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai kerajaan yang disasarkan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan B40, warga emas dan individu bujang yang layak. Dalam pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan telah mengumumkan bahawa STR Fasa 4 2025 akan dikreditkan lebih awal dalam bulan Oktober sempena sambutan Deepavali, menggantikan anggaran sebelumnya pada bulan November.

Ikuti artikel di bawah untuk info selanjutnya.

BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI

APA SYARAT KEKLAYAKAN STR 2025?

Supaya bantuan STR Fasa 4 Oktober 2025 sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan, terdapat syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi mengikut kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Semak butiran syarat di bawah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Makluman: Pemohon bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPT tidak boleh membuat permohonan secara individu. Mereka perlu dimasukkan dalam permohonan isi rumah sebagai tanggungan.

BAGAIMANA CARA STR FASA 4 OKTOBER DIAGIHKAN?

STR Fasa 4 Oktober akan disalurkan mengikut kategori penerima, sama ada melalui kredit akaun bank atau bayaran tunai di cawangan BSN. Perincian adalah seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BERAPA JUMLAH STR FASA 4 YANG DISALURKAN PADA OKTOBER?

STR Fasa 4 menyalurkan bantuan antara RM150 hingga RM700, bergantung pada kategori penerima. Lihat jadual di bawah untuk butiran penuh:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4?

Pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat bermula 18 Oktober 2025, dan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kategori penerima. Semak perincian dalam jadual di bawah:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 418 OKTOBER
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4

STR FASA 4 OKTOBER SEMAKAN STATUS

Semakan status kelayakan dan bayaran STR Fasa 4 kini boleh dibuat secara online melalui laman rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk ke akaun MySTR dan pilih Semakan Status.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi BKK di 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang).
Langkah penuh semakan disediakan di bawah:

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
LOGIN STR FASA 4 OKTOBER SEMAKAN STATUS

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bolehkah saya menuntut secara tunai jika akaun bank tidak aktif?

Ya, tuntutan boleh dibuat di kaunter BSN.

Apa yang berlaku jika maklumat akaun bank salah?

Bayaran mungkin gagal. Semak status di MySTR dan kemas kini segera.

Bolehkah saya buat rayuan jika tidak diluluskan?

Ya, rayuan boleh dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan melalui portal MySTR.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Fasa 4 Oktober ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment