PERHARGAAN SARA RM100 DALAM MYKAD – BELANJAWAN 2026

PERHARGAAN SARA RM100 DALAM MYKAD – BELANJAWAN 2026

Perhargaan SARA RM100 diperkenalkan dalam Belanjawan 2026 sebagai langkah membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini diagihkan terus melalui MyKad bagi memudahkan urusan penerima yang layak. SARA RM100 ialah bantuan tunai one-off berbentuk tanpa tunai yang dikreditkan ke MyKad untuk pembelian barangan asas.

Semua maklumat terkini dijelaskan di bawah.

BACA JUGA: CHECK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM IC

APA ITU PERHARGAAN SARA RM100?

Perhargaan SARA RM100 ialah bantuan one-off yang diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2026 sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan asas keperluan harian seperti beras, telur, minyak masak, roti, bahan perasa dan barangan kebersihan di kedai berdaftar program SARA.

Tujuannya ialah untuk:

  • Meringankan kos sara hidup rakyat menjelang musim perayaan.
  • Memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Memastikan bantuan kerajaan sampai terus kepada penerima tanpa tunai.
APA ITU PERHARGAAN SARA RM100

SIAPA LAYAK TERIMA PERHARGAAN SARA RM100?

Bantuan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dewasa. Tiada proses pendaftaran diperlukan kerana data penerima disemak melalui sistem kerajaan.

  • Umur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Tiada permohonan manual
  • Diterima secara automatik

TARIKH BAYARAN PERHARGAAN SARA RM100 & TEMPOH PENGGUNAAN

Bayaran dijangka dikreditkan mulai pertengahan Februari 2026, bersempena persiapan Ramadan dan Tahun Baru Cina. Bantuan ini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026. Berikut adalah perinciannya:

ISI PENTINGPENERANGAN
Tarikh MulaPertengahan Februari 2026
Tempoh SahHingga 31 Disember 2026
Cara BayaranKredit terus ke MyKad
TujuanMembantu persediaan musim perayaan & keperluan asas

BAGAIMANA CARA GUNA PERHARGAAN SARA RM100 DALAM MYKAD?

Cara menggunakan MyKad untuk membeli barangan dengan bantuan Perhargaan SARA RM100 adalah mudah: pilih barangan yang tersenarai, sahkan MyKad di kaunter, buat bayaran, dan simpan resit. Berikut adalah panduan lengkap pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA PERHARGAAN SARA RM100 DALAM MYKAD

PERHARGAAN SARA RM100 SEMAKAN

Penerima yang layak boleh membuat semakan di Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
PERHARGAAN SARA RM100 SEMAKAN

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa beza bantuan SARA bulanan dan SARA one-off?

Bulanan diberi setiap bulan, manakala one-off diberi sekali ikut pengumuman kerajaan.

Barangan apa boleh beli?

Hanya barangan asas kering seperti beras, roti, telur, minyak masak, dan sebagainya.

Boleh guna untuk minyak petrol?

Tak boleh. Untuk minyak, guna program BUDI95.

Kat mana boleh guna bantuan SARA ni?

Di kedai runcit atau pasar raya yang berdaftar bawah MyKasih.

Bantuan ni setiap tahun ke?

Tidak semestinya. Ia bergantung kepada bajet dan keputusan kerajaan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Perhargaan SARA RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment