BELANJAWAN 2026 PDF DOWNLOAD – RUMUSAN & INTIPATI PELAN EKONOMI MADANI

BELANJAWAN 2026 PDF DOWNLOAD – RUMUSAN & INTIPATI PELAN EKONOMI MADANI

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 11 Oktober 2025 (Jumaat). Bajet kali ini membawa tema “Memperkukuh Ekonomi Madani, Menyantuni Rakyat” yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kebajikan rakyat, dan kecekapan pengurusan fiskal negara.

Bagi yang terlepas ucapan penuh Perdana Menteri, anda boleh muat turun atau download PDF ucapan Belanjawan 2026 yang dibentangkan beserta senarai intipati dan rumusan.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE : SEMAK STATUS & PERMOHONAN BARU 2025

PERUNTUKAN BELANJAWAN 2026

FOKUS UTAMA BELANJAWAN 2026

Belanjawan 2026 memberi tumpuan kepada tiga teras utama:

  1. Menjana Ekonomi Dinamik – memperkukuh pelaburan, memperluas ekonomi digital, dan memperkasa industri hijau.
  2. Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat – memperkukuh bantuan bersasar untuk B40, M40, serta penjawat awam.
  3. Memodenkan Tadbir Urus Negara – mempertingkat ketelusan dan akauntabiliti fiskal melalui pendigitalan perkhidmatan awam.
FOKUS UTAMA BELANJAWAN 2026

BANTUAN RAKYAT 2026

Antara bantuan yang diteruskan dan ditambah baik termasuk:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) – diteruskan dengan jumlah lebih tinggi bagi isi rumah B40.
  • Program BUDI MADANI – subsidi bersasar petrol RON95 & diesel menggunakan MyKad.
  • Bantuan MyKasih & MySubsidi – diperluas ke lebih banyak pasar raya & kategori barang asas.
  • PeKa B40 & Sumbangan Kesihatan Madani (SKM) – tumpuan pada saringan kesihatan awal dan penjagaan warga emas.
BANTUAN RAKYAT 2026

PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN INSAN

Kerajaan menambah peruntukan bagi:

  • Bantuan Awal Persekolahan & RMT diteruskan.
  • Program TVET Madani – kerjasama dengan industri untuk latihan kemahiran.
  • Baucar Buku & e-Pemula 2.0 – galak pembelajaran dan ekonomi digital belia.
PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN INSAN

USAHAWAN, PENIAGA & EKONOMI DIGITAL

Belanjawan 2026 terus memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi digital dan sokongan kepada usahawan tempatan seperti butiran di bawah:

  • Geran Mikro & PKS Madani – RM1 bilion diperuntuk untuk peniaga kecil.
  • Dana Digitalisasi PKS – bantu peralihan ke platform e-dagang & automasi.
  • Skim Pembiayaan Wanita & Belia – insentif faedah rendah bagi perniagaan kecil.

INFRASTRUKTUR & PERUMAHAN

Kerajaan menekankan pembangunan seimbang melalui projek infrastruktur baharu dan kesinambungan projek sedia ada. Berikut adalah perinciannya:

  • Projek Lebuhraya & Rel Baharu – diteruskan bagi merangsang ekonomi wilayah.
  • Perumahan Mampu Milik Madani – subsidi pembelian rumah pertama diteruskan.
  • Pembaikan Rumah Rakyat & Banjir – tumpuan khas kepada negeri terjejas bencana.

CARA DOWNLOAD PDF BELANJAWAN 2026

Anda boleh download PDF Belanjawan 2026 melalui pautan yang disediakan di laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau portal Parlimen selepas pembentangan Bajet berlangsung. Berikut adalah langkah lengkap cara download PDF Belanjawan 2026:

  1. Lawati Portal Rasmi Belanjawan MOF
    • Masuk ke laman “Dokumen / Cadangan 2026” di belanjawan.mof.gov.my dan pilih versi bahasa (Bahasa Melayu / Inggeris). Portal ini sentiasa dikemas kini setiap kali laporan baru diterbitkan.
  2. Cari Seksyen Muat Turun PDF
    • Biasanya terdapat pautan seperti “Kenyataan Pra-Belanjawan”, “Ringkasan Touchpoints”, “Lampiran Bajet” atau “Cadangan Belanjawan”.
  3. Lampiran & Dokumen Tambahan
    • Selain dokumen utama, Belanjawan 2026 PDF mungkin disertakan lampiran seperti jadual peruntukan kementerian, ramalan makroekonomi dan indikator prestasi. Pastikan semak semua lampiran supaya gambaran keseluruhan lebih jelas.

PENGGUNAAN DONWLOAD PDF BELANJAWAN 2026

PDF Belanjawan 2026 yang di download merupakan sumber rujukan utama bagi memahami hala tuju dasar dan keutamaan negara. Dokumen rasmi ini membantu pelabur, pelajar, penyelidik, dan rakyat menilai pelbagai aspek ekonomi serta keberkesanan dasar kerajaan.
Melalui PDF ini, anda boleh:

  • Meneliti perincian peruntukan mengikut sektor.
  • Membandingkan trend perbelanjaan dari tahun ke tahun.
  • Menilai sejauh mana pelaksanaan bajet menepati janji yang diumumkan.

SOALAN LAZIM (FAQ) BELANJAWAN 2026 PDF DOWNLOAD

Apa itu Belanjawan 2026?

Belanjawan 2026 ialah pelan kewangan tahunan negara yang membentangkan perbelanjaan dan hasil kerajaan bagi tahun depan.

Apa tema Belanjawan 2026?

Memperkukuh Ekonomi Madani, Menyantuni Rakyat.

Siapa layak untuk PeKa B40?

Individu berumur 40 tahun ke atas dalam kategori B40.

Adakah bonus penjawat awam diumumkan?

Ya, bayaran khas akan diberikan menjelang awal 2026.

Apa itu Ekonomi Madani?

Rangka dasar pembangunan seimbang berasaskan keadilan sosial dan kemakmuran bersama.

Apa langkah kerajaan kawal kos sara hidup?

Melalui bantuan tunai bersasar dan kawalan harga barang asas.

Adakah bantuan rumah mampu milik masih ada?

Ya, diteruskan melalui skim subsidi pembelian rumah pertama.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Belanjawan 2026 PDF Download ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai rancangan tahunan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment