SEMAKAN BUDI 95 – SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

SEMAKAN BUDI 95 – SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

Program Budi 95 diperkenalkan bagi memastikan subsidi petrol RON95 disalurkan hanya kepada golongan yang benar-benar layak. Melalui inisiatif ini, pengguna boleh menyemak kelayakan serta memahami cara penggunaan subsidi dengan mudah. Semakan Budi 95 boleh dibuat secara online bagi memastikan penerima berdaftar dan menikmati manfaat secara sah dan tepat.

Teruskan membaca huraian lengkap di bawah ini.

BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

APA ITU SKIM BUDI 95?

Budi 95 merupakan skim subsidi petrol bersasar yang dihubungkan dengan MyKad. Dengan sistem ini, rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol bersubsidi tanpa perlu melalui proses permohonan yang rumit. Caranya mudah sahaja dengan hanya isi minyak seperti biasa, sahkan MyKad, dan harga subsidi akan terus digunakan secara automatik.

Program Budi 95 membolehkan rakyat yang layak menikmati harga petrol pada RM1.99 seliter. Tanpa subsidi, harga sebenar dijangka melebihi RM3 seliter. Kerajaan menetapkan had subsidi RON95 sebanyak 300 liter sebulan untuk setiap warganegara. Namun, pemandu e-hailing diberikan kelonggaran dengan pilihan memohon had lebih tinggi.

APA ITU BUDI 95

SYARAT KELAYAKAN BUDI 95

Syarat untuk layak terima subsidi petrol Budi 95 adalah seperti perincian berikut:

  • Warganegara Malaysia (MyKad sah)
  • Kenderaan berdaftar di JPJ
  • Umur 16 tahun ke atas
  • Termasuk pekerja gig

Perhatian: Pastikan MyKad dalam keadaan baik.

SEMAKAN STATUS BUDI 95 SUBSIDI PETROL RON95

Penerima boleh membuat semakan status kelayakan subsidi petrol Budi 95 melalui portal rasmi www.budi95.gov.my atau aplikasi Setel dan CaltexGO. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan selepas proses verifikasi identiti selesai. Berikut adalah langkah lengkap semakan status Budi 95:

SEMAKAN BUDI 95 MELALUI PORTAL BUDI MADANI

  1. Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
  3. Paparan akan menunjukkan penggunaan subsidi harian, baki kelayakan, dan had maksimum 300 liter sebulan.
LOGIN SEMAKAN BUDI 95

SEMAKAN BUDI 95 MELALUI APLIKASI SETEL

  1. Muat turun & daftar aplikasi Setel di https://www.setel.com/ref/6gasq.
  2. Klik ‘Check Eligibility’ (NOTA: Akaun mesti disahkan melalui proses verifikasi).
  3. Jika layak, baki subsidi akan dipaparkan dalam aplikasi.
SEMAKAN BUDI 95

BAGAIMANA CARA GUNA BUDI 95 UNTUK BELI PETROL?

Ada empat cara mudah yang boleh digunakan di stesen minyak, iaitu melalui Touch ‘n Go (TNG), aplikasi Setel, kaunter bayaran, atau terus di pam minyak. Berikut ialah panduan lengkap cara menggunakan Budi 95 untuk beli petrol:

GUNA BUDI 95 TNG (TOUCH ‘N GO)

  1. Pastikan MyKad sudah aktif dengan subsidi Budi Madani.
  2. Sentuh MyKad pada terminal TNG di pam minyak.
  3. Pilih jumlah isi minyak.
  4. Teruskan pembayaran mengikut baki TNG atau kaedah lain yang tersedia.
TNG (TOUCH ‘N GO)

GUNA BUDI 95 APLIKASI SETEL

  1. Muat turun dan daftarkan MyKad anda dalam aplikasi Setel https://www.setel.com/ref/6gasq.
  2. Setelah akaun didaftarkan, buka aplikasi Setel semasa di stesen minyak.
  3. Pilih pam yang digunakan dan jumlah petrol.
  4. Subsidi akan disahkan secara automatik melalui MyKad dalam aplikasi.
  5. Teruskan isi minyak seperti biasa.
APLIKASI SETEL

CARA GUNA BUDI 95 DI KAUNTER

  1. Bawa MyKad ke kaunter stesen minyak.
  2. Serahkan MyKad kepada petugas untuk pengesahan subsidi.
  3. Maklumkan jumlah petrol yang ingin dibeli.
  4. Bayar dan teruskan isi minyak di pam yang ditetapkan.
CARA GUNA BUDI 95 DI KAUNTER

GUNA BUDI 95 MANUAL DI PUMP (SELF-SERVICE)

  1. Masukkan MyKad pada slot pengimbas di pam minyak.
  2. Tunggu pengesahan subsidi dipaparkan.
  3. Pilih jumlah petrol yang diinginkan.
  4. Teruskan isi minyak seperti biasa.
GUNA MANUAL DI PUMP (SELF-SERVICE)

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bolehkah orang bukan warganegara menikmati subsidi?

Tidak. Hanya warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad sah layak menikmati subsidi.

Adakah had jumlah pembelian harian?

Tiada had untuk jumlah kali isi minyak sehari, tetapi had kuota bulanan 300 liter masih dikenakan.

Jika melebihi 300 liter, apa berlaku?

Sebarang pembelian yang melebihi 300 liter akan dikenakan harga tidak disubsidi (harga pasaran biasa).

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan Budi 95 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment