BONUS PENJAWAT AWAM RM500 – BELANJAWAN 2026
Belanjawan 2026 menegaskan komitmen kerajaan untuk terus menghargai jasa serta pengorbanan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan negara. Dalam pembentangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuk pegawai kontrak, sebagai tanda penghargaan atas khidmat cemerlang mereka kepada rakyat dan negara.
BACA JUGA: BELANJAWAN 2026 PENJAWAT AWAM : SEMAK RUMUSAN & BAJET EKONOMI MADANI

SIAPA YANG LAYAK TERIMA BONUS RM500?
Bonus penjawat awam RM500 ini layak diterima oleh kumpulan berikut:
- Penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuk pegawai kontrak.
- Pegawai lantikan tetap, sementara atau kontrak di bawah perkhidmatan awam persekutuan.
- Pesara kerajaan dan penerima pencen yang sah di bawah skim pencen kerajaan.
*Bayaran dibuat secara automatik melalui akaun gaji atau pencen tanpa perlu sebarang permohonan.
OBJEKTIF PEMBERIAN BONUS PENJAWAT AWAM RM500
Antara objektif utama bonus penjawat awam RM500 ini ialah:
- Menghargai sumbangan dan khidmat penjawat awam kepada negara.
- Memberi kelegaan kewangan kepada penjawat awam dan pesara menjelang perayaan.
- Menyokong kesejahteraan isi rumah dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
- Kerajaan menegaskan bantuan ini adalah sebahagian daripada pendekatan Ekonomi Madani yang menitikberatkan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat.
JUMLAH BONUS &TARIKH BAYARAN
- Kerajaan memaklumkan bahawa bayaran bonus penjawat awam RM500 ini akan disalurkan pada awal Mac 2026, bersempena sambutan Aidilfitri yang dijangka pada bulan Mac tahun tersebut.
- Manakala bagi pesara kerajaan dan penerima pencen, mereka turut menerima Bantuan Khas Kewangan RM250 sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka semasa dalam perkhidmatan awam.
- Langkah ini bukan sahaja memberi kelegaan menjelang musim perayaan, malah membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

PERBANDINGAN BONUS PENJAWAT AWAM BELANJAWAN TAHUN TERDAHULU
Berikut disertakan jadual perbandingan menunjukkan kerajaan mengekalkan jumlah bonus penjawat awam RM500 yang konsisten sejak beberapa tahun lalu, dengan penekanan terhadap keseimbangan fiskal dan sokongan berterusan kepada penjawat awam:
| TAHUN BELANJAWAN | JUMLAH BONUS PENJAWAT AWAM (GRED <56) | JUMLAH BONUS PESARA KERAJAAN | CATATAN |
|---|---|---|---|
| 2023 | RM700 | RM350 | Bayaran sebelum Aidilfitri |
| 2024 | RM500 | RM250 | Fokus pada kesejahteraan rakyat dan inflasi |
| 2025 | RM500 | RM250 | Sempena pelaksanaan inisiatif Madani |
| 2026 | RM500 | RM250 | Dibayar awal Mac 2026 menjelang Aidilfitri |
SOALAN LAZIM (FAQ)
Belanjawan 2026 ialah rancangan tahunan kerajaan yang bentang hala tuju ekonomi, perbelanjaan, dan bantuan untuk tahun depan.
Kedua-duanya penting. Cuma Belanjawan 2026 beri perhatian lebih kepada penjawat awam, sebab mereka antara tulang belakang pelaksanaan dasar kerajaan.
Ya, kerajaan akan mengekalkan bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan penambahbaikan kadar bayaran.
Kerajaan mensasarkan kestabilan harga melalui kawalan bekalan dan bantuan logistik kepada pengeluar tempatan.
Dengan mengekalkan subsidi asas, meningkatkan gaji minimum dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bonus Penjawat Awam RM500 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai rancangan tahunan Belanjawan 2026 dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
- Portal Rasmi Jabtan Penerangan Malaysia: https://www.penerangan.gov.my/