MYSTR 2026 KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN STR (PANDUAN LENGKAP)
Portal MySTR 2026 ialah platform rasmi untuk rakyat mengurus segala urusan berkaitan Bantuan Tunai STR. Melalui platform MySTR 2026 ini, penerima boleh menyemak, kemaskini serta mengesahkan maklumat secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN. Langkah digital ini membantu mempercepatkan urusan dan memastikan ketelusan dalam pengagihan bantuan.
Ikuti artikel ini untuk panduan lengkap cara kemaskini MySTR 2026 dan info terbaru tentang bantuan STR.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Syarat-syarat kelayakan STR 2026 masih mengekalkan asas lama, dengan beberapa penambahbaikan dibuat bagi memastikan proses agihan lebih telus. Antara syaratnya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Mulai 2026, golongan bujang tidak layak di bawah STR. Bantuan untuk mereka kini disalurkan melalui Program SARA.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR 2026 YANG AKAN DIBERI?
Jumlah STR 2026 berbeza bagi setiap kategori penerima isi rumah B40, isi rumah M40, dan warga emas tanpa pasangan. Semak jadual berikut untuk maklumat lanjut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |
CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR 2026
Sama ada anda penerima lama atau baru, pendaftaran akaun MySTR tetap diperlukan bagi mengakses semakan status dan info STR 2026. Berikut langkah-langkahnya:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

BAGAIMANA CARA MYSTR 2026 DIMOHON?
STR 2026 boleh dimohon menerusi dua cara iaitu atas talian melalui portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau manual di cawangan LHDN berdekatan. Lihat langkah-langkah berikut:
Permohonan Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
MYSTR 2026 KEMASKINI
Proses kemaskini STR 2026 kini lebih mudah hanya log masuk ke akaun MySTR dan semak semula maklumat anda sebelum sahkan. Ikuti langkah-langkah berikut untuk kemaskini maklumat MySTR 2026:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Permohonan”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat MySTR 2026 Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSTR 2026 KEMASKINI
Semua penerima sedia ada WAJIB kemaskini sekiranya berlaku perubahan maklumat seperti alamat, pendapatan atau tanggungan.
Permohonan mungkin dianggap tidak aktif dan bantuan boleh dihentikan sementara.
Ya, selagi memenuhi syarat pendapatan dan tidak bertindih dengan bantuan khas tertentu.
Tidak, STR tidak dikenakan cukai pendapatan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi MySTR 2026 Kemaskini ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/