KEMAS KINI STR 2026 : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI MYSTR (PANDUAN LENGKAP)

KEMAS KINI STR 2026 : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI MYSTR (PANDUAN LENGKAP)

Bagi memastikan data penerima bantuan kekal tepat dan selaras dengan maklumat semasa, anda perlu membuat kemas kini STR 2026. Pemohon yang berubah pendapatan, status perkahwinan atau bilangan tanggungan perlu mengemas kini butiran melalui portal MySTR bagi mengelakkan masalah semasa proses penyaluran bantuan.

Baca panduan ini untuk mengetahui langkah mudah kemas kini STR 2026 melalui portal MySTR.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Untuk tahun 2026, syarat kelayakan STR kekal sama seperti tahun lalu tetapi ditambah baik bagi menjamin ketelusan dan keadilan agihan. Berikut syarat kelayakannya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman penting: Kategori bujang digugurkan daripada STR 2026 dan akan menerima manfaat melalui Program SARA yang berasingan.

CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR

Untuk memastikan data penerima STR 2026 di kemas kini dan semakan berjalan lancar, penerima sedia ada serta pengguna baru perlu membuat pendaftaran akaun MySTR. Panduan lengkap disertakan di bawah:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG DISALURKAN?

Untuk tahun 2026, STR disalurkan dengan jumlah berbeza berdasarkan kategori penerima layak; B40, M40, dan warga emas tanpa pasangan. Berikut butirannya:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600

BAGAIMANA CARA STR 2026 DI MOHON?

Anda boleh membuat permohonan STR dengan mudah sama ada secara online di portal MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau manual di kaunter LHDN. Berikut cara lengkapnya:

Permohonan Online

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.
BAGAIMANA CARA STR 2026 DI MOHON?

Permohonan Manual (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan.
    • Sijil nikah atau surat cerai.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

KEMAS KINI STR 2026

Semua penerima STR 2026 perlu memastikan maklumat peribadi dan tanggungan di kemas kini sebelum tarikh tutup permohonan. Rujuk langkah lengkap di bawah tentang cara kemas kini maklumat STR 2026:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemas kini Maklumat STR 2026 Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMAS KINI STR 2026

SOALAN LAZIM (FAQ) KEMAS KINI STR 2026

Adakah perlu daftar akaun MySTR?

Ya, pengguna baharu dan sedia ada perlu daftar akaun MySTR sebelum boleh log masuk dan buat permohonan.

Adakah jumlah bayaran berubah tahun 2026?

Ya, kadar bantuan mungkin disemak semula mengikut kategori dan keperluan semasa rakyat.

Kalau lupa kata laluan MySTR, macam mana nak reset?

Klik “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk dan ikut langkah pengesahan melalui e-mel berdaftar.

Kalau tiada perubahan maklumat STR 2026, perlu kemas kini?

Disarankan untuk log masuk dan semak juga, bagi memastikan data masih aktif.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Kemas Kini STR 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment