PORTAL STR 2026 : LOGIN MYSTR UNTUK KEMASKINI & PERMOHONAN BANTUAN

PORTAL STR 2026 : LOGIN MYSTR UNTUK KEMASKINI & PERMOHONAN BANTUAN

Laman STR 2026 ialah portal rasmi kerajaan bagi urusan permohonan dan kemaskini Bantuan Tunai Rakyat. Melalui portal ini, pengguna boleh log masuk akaun MySTR untuk menyemak status, mengemas kini maklumat isi rumah, serta membuat permohonan baharu dengan mudah. Semua urusan kini lebih cepat, selamat dan boleh diakses di hujung jari.

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui cara login MySTR dan fungsi penuh Portal STR 2026.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Kelayakan STR 2026 mengekalkan kriteria tahun sebelumnya dengan beberapa penambahbaikan kecil bagi memastikan penerima dipilih secara adil. Syaratnya adalah seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman: Untuk tahun 2026, kerajaan memaklumkan bahawa golongan bujang tidak termasuk dalam penerima STR. Bantuan mereka dialihkan kepada Program SARA.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG AKAN DIBERI?

Jumlah bantuan STR 2026 ditentukan mengikut kategori penerima seperti isi rumah B40, isi rumah M40, dan warga emas tanpa pasangan. Semak jadual berikut untuk maklumat terperinci:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600

BAGAIMANA CARA PENDAFTARAN PORTAL BARU STR 2026 DIBUAT?

Semua penerima STR 2026, termasuk pengguna lama dan baru, perlu mendaftar akaun MySTR bagi membolehkan semakan status dan maklumat terkini dilakukan dengan mudah. Berikut caranya:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA PENDAFTARAN PORTAL BARU STR 2026 DIBUAT

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
LOGIN MYSTR

PERMOHONAN STR 2026

Untuk memudahkan rakyat, kerajaan menyediakan dua kaedah permohonan STR 2026 iaitu secara digital melalui portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan manual di kaunter LHDN. Rujuk panduan di bawah:

Permohonan Online STR 2026 Melalui Portal Rasmi

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.
PERMOHONAN STR 2026

Permohonan Manual STR 2026 (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan.
    • Sijil nikah atau surat cerai.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026 MELALUI PORTAL MYSTR

Kemaskini maklumat STR 2026 anda secara mudah melalui portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi memastikan data penerima sentiasa terkini. Berikut adalah perinciannya:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026 MELALUI PORTAL MYSTR

SOALAN LAZIM (FAQ)

STR 2026 menggantikan bantuan apa sebelum ini?

Ia kesinambungan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dengan penambahbaikan kadar dan proses semakan.

Apa fungsi utama MySTR?

MySTR digunakan untuk semakan status, kemaskini maklumat, serta memantau bayaran STR 2026.

Boleh semak tanpa akaun MySTR tak?

Tidak boleh. Akaun MySTR diperlukan untuk semakan terperinci dan status bayaran.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Portal STR 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment