CHECK STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS & BAYARAN 2025
Bayaran STR Fasa 4 2025 kini telah mula disalurkan secara berperingkat seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2026. Melalui portal rasmi MySTR, penerima boleh check status kelayakan dan jumlah bayaran STR Fasa 4 yang dikreditkan terus ke akaun masing-masing. Bantuan ini diberikan sebagai sokongan berterusan kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat menjelang hujung tahun.
Perincian maklumat bantuan dan cara check status bayaran STR Fasa 4 telah disediakan di bawah ini.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Untuk memastikan bantuan disalur dengan telus, kerajaan memperincikan syarat kelayakan STR 2025 mengikut kategori penerima. Lihat senarai di bawah untuk maklumat lanjut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, mereka hanya layak disenaraikan sebagai tanggungan dalam kategori isi rumah, bukan pemohon bujang individu.
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 4 YANG DISALURKAN?
Jumlah bayaran STR Fasa 4 diagihkan antara RM150 hingga RM700 berdasarkan kategori penerima yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Check jadual bayaran STR Fasa 4 di bawah bagi melihat perinciannya:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?
Bagi STR Fasa 4, cara bayaran bergantung pada kemudahan penerima; ada yang terus masuk akaun bank, ada juga yang boleh ambil tunai di BSN. Check butiran penuh di bawah tentang cara bayaran STR Fasa 4:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN?
STR Fasa 4 2025 telah dikreditkan lebih awal mulai 18 Oktober 2025, bersempena sambutan Deepavali, seperti diumumkan kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2026. Check jadual di bawah untuk maklumat tarikh fasa 4 bayaran STR 2025:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | Penerima Sedia Ada : 18 OKTOBER 2025 (secara berperingkat) Penerima Tunai Tiada Akaun : Mulai 21 OKTOBER 2025 Penerima Baru & Rayuan : Mulai 13 NOVEMBER 2025 |

CHECK STR FASA 4
Status bayaran STR Fasa 4 boleh check melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk akaun MySTR dan klik Semakan Status. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi BKK di 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang). Pastikan maklumat anda dikemas kini dengan daftar akaun baharu MySTR sebelum check status STR Fasa 4. Berikut langkah daftar akaun MySTR bagi penerima sedia ada dan pengguna baru:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan check status STR Fasa 4 secara online.

SOALAN LAZIM (FAQ) CHECK STR FASA 4
MySTR ialah sistem dalam talian untuk semak status, kemas kini maklumat dan lihat sejarah bayaran STR.
Boleh, klik “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk dan ikut arahan melalui emel atau SMS.
Penerima boleh tuntut bayaran tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Maksudnya bayaran sedang diproses ke akaun penerima, belum dikredit sepenuhnya.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Check STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]