BANTUAN SARA 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BARU
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 diteruskan bagi membantu isi rumah, bujang dan warga emas yang layak melalui sistem MyKasih. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad untuk digunakan membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih.
Artikel ini menghuraikan syarat kelayakan, cara semakan status, dan langkah permohonan baru bantuan SARA 2026 yang dijangka mula dikreditkan awal tahun depan.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026?
Syarat kelayakan bantuan SARA bagi tahun 2026 masih belum diumumkan secara rasmi, namun boleh dirujuk berdasarkan syarat tahun 2025 yang dijangka kekal hampir sama. Rujuk butiran berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA 2026 YANG AKAN DIBERI?
Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima, antara RM50 hingga RM200. Rujuk maklumat di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM 1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |

Makluman: Tambahan bantuan SARA RM600 (bujang) dan RM1200 (isi rumah & warga emas tiada pasangan) sekiranya berada dalam kategori miskin / miskin tegar eKasih.
*PENGHARGAAN SARA RM100 2026
- Bantuan RM100 tersebut akan diberikan kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas sebagai one-off inisiatif SARA yang dijangka diagihkan sekitar pertengahan Februari 2026.
- Ia akan melibatkan 22 juta rakyat Malaysia dewasa yang layak; sasaran golongan umum untuk menyokong persiapan menyambut bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.
- Peruntukan keseluruhan untuk program kombinasi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA bagi tahun 2026 dianggarkan sekitar RM15 bilion hasil daripada penjimatan subsidi.

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA AKAN DIKREDITKAN?
Tarikh rasmi bayaran bantuan SARA 2026 masih belum diumumkan oleh kerajaan melalui portal STR dan MyKasih. Jadual lengkap setiap fasa akan dimaklumkan selepas pengesahan rasmi daripada Kementerian Kewangan.

CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA 2026
Permohonan bantuan SARA dibuat secara automatik berdasarkan data pemohon dalam sistem STR. Berikut langkah permohonan bagi penerima sedia ada dan pengguna baru melalui portal rasmi MySTR:
Permohonan Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih. - Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN STATUS
Semakan status Bantuan SARA 2026 kini boleh dibuat secara atas talian melalui Portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau laman rasmi SARA (https://sara.gov.my). Sebarang pertanyaan boleh hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800.
Ikuti langkah semakan berikut:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

Rujuk: MY STR 2026 LOGIN (PERMOHONAN BARU,SEMAKAN & KEMASKINI)
SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Cara beli barang MyKasih guna IC
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak perlu. Pemohon STR yang layak akan dipertimbangkan secara automatik.
Jumlah akan dipaparkan dalam akaun semakan STR atau notifikasi rasmi semasa pengumuman pembayaran.
Tidak, sebab SARA bergantung pada kelayakan STR. Pemohon perlu layak STR dahulu.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan SARA 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/