STR BUJANG 2026 DITUKARKAN KEPADA SARA
Mulai tahun 2026, kategori penerima STR Bujang dijangka akan diselaraskan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Penukaran ini membolehkan bantuan diterima secara terus melalui MyKad bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih. Langkah ini bertujuan menyalurkan bantuan lebih tersasar dan mudah diakses oleh golongan bujang berpendapatan rendah.
Penjelasan lengkap tentang STR Bujang yang ditukarkan kepada bantuan SARA 2026 tersedia di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Tiada perubahan besar pada syarat kelayakan STR 2026, cuma ada sedikit penambahbaikan untuk memastikan bantuan diagih secara adil dan telus. Berikut senarainya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman: Kategori bujang tidak lagi menerima STR pada tahun 2026, sebaliknya bantuan diteruskan melalui Program SARA.
BERAPA JUMLAH BANTUAN KATEGORI BUJANG SARA?
Jumlah bantuan SARA 2026 ditetapkan RM50 sebulan kepada penerima kategori bujang bagi menggantikan STR. Rujuk butiran di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BUJANG BELIA | RM600 (RM50 SEBULAN) |
| BUJANG WARGA EMAS | RM600 (RM50 SEBULAN) |
| BUJANG OKU | RM600 (RM50 SEBULAN) |
Perhatian: Tambahan bantuan SARA RM600 (bujang) setahun sekiranya berada dalam kategori miskin / miskin tegar eKasih.

BILA TARIKH BAYARAN SARA 2026 KEPADA PENERIMA BUJANG?
Setakat ini, kerajaan belum mengumumkan tarikh rasmi pembayaran SARA 2026 yang menggantikan bantuan STR Bujang melalui portal MySTR atau MyKasih. Tarikh bagi setiap fasa akan dikemas kini sebaik diumumkan.

BAGAIMANA CARA PERMOHONAN SARA?
Kelayakan SARA ditentukan secara automatik melalui maklumat penerima STR. Rujuk langkah permohonan di portal MySTR seperti berikut:
Permohonan Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih. - Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
SEMAKAN STATUS SARA 2026 YANG MENGGANTIKAN STR BUJANG
Untuk semak status SARA 2026, layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau SARA di https://sara.gov.my. Jika menghadapi sebarang masalah, hubungi 1-800-88-2747 (STR) atau 03-7720 1800 (MyKasih). Langkah semakan penuh SARA untuk kategori bujang yang tidak lagi menerima STR 2026 seperti di bawah:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Cara beli barang MyKasih guna IC
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAN LAZIM (FAQ) STR BUJANG 2026
STR ialah bantuan tunai utama, manakala SARA ialah tambahan berbentuk sokongan asas untuk penerima STR yang layak.
Ya, penerima boleh semak status melalui nombor MyKad di portal rasmi.
Tak boleh, kena ganti MyKad baru di JPN dulu.
Ya, pengguna baharu perlu daftar akaun MySTR sebelum boleh log masuk dan buat permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR Bujang 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/