JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAK AMAUN YANG DITERIMA BAGI PENERIMA YANG LAYAK

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAK AMAUN YANG DITERIMA BAGI PENERIMA YANG LAYAK

Bagi penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, jumlah bayaran Fasa 1 boleh disemak mengikut kategori kelayakan. Artikel ini menyediakan panduan lengkap untuk memahami perincian pembayaran, cara semakan, pendaftaran akaun MySTR, dan kemaskini maklumat penerima.

Butiran penting telah dihimpunkan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Syarat kelayakan bantuan STR 2026 ditentukan mengikut kategori pemohon dan pendapatan isi rumah. Berikut kategori yang layak menerima bantuan:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman: Kategori bujang tidak layak (digantikan dengan Skim SARA 2026).

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026

Jumlah bayaran STR Fasa 1 2026 akan diagihkan mengikut kategori penerima yang ditetapkan oleh kerajaan. Butiran jumlah bayaran penuh STR 2026 boleh dirujuk dalam jadual berikut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026

CARA BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN

Cara bayaran Bantuan STR 2026 bergantung kepada jenis penerima yang layak seperti perincian berikut:

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
Penerima Mempunyai Akaun BankBayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA TARIKH BAYARAN FASA 1 STR 2026 DIKREDITKAN?

Pengkreditan bayaran Fasa 1 STR 2026 disalurkan secara berperingkat. Bagi Fasa 1, bayaran mula dikreditkan mengikut tarikh berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH BAYARAN FASA 1 STR 2026 DIKREDITKAN

PENDAFTARAN MYSTR

Semua penerima STR, termasuk pengguna baharu dan sedia ada, perlu mempunyai akaun MySTR untuk memudahkan semakan jumlah bayaran STR Fasa 1 2026, kemaskini dan capaian maklumat bantuan. Berikut adalah cara lengkap daftar MySTR:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
PENDAFTARAN MYSTR

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026

Untuk semak jumlah bayaran STR Fasa 1 2026, sila layari https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk akaun MySTR. Hubungi BKK di 1-800-88-2747 jika perlukan bantuan. Berikut adalah langkah penuh untuk semak jumlah bayaran STR Fasa 1 2026:

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026 SEMAKAN MELALUI MYGOV MALAYSIA
Semakan jumlah bayaran STR juga boleh dibuat melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat akaun MyDigital ID telah didaftarkan. Berikut merupakan langkah ringkas untuk membuat semakan:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Status Permohonan STR 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan permohonan STR 2026 & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

PERMOHONAN BANTUAN STR 2026

Untuk pemohon kali pertama, permohonan baharu STR 2026 Fasa 2 boleh dibuat bermula 1 Disember 2025 sehingga 13 Februari 2026. Permohonan disediakan melalui dua kaedah iaitu online di portal MySTR atau secara manual di pejabat LHDN. Rujuk panduan lengkap permohonan di bawah:

PERMOHONAN BANTUAN STR 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026

Sila rujuk Panduan Pengguna STR 2026 Permohonan Baru di sini:

PERMOHONAN BANTUAN STR 2026 SECARA MANUAL

Permohonan baru STR juga boleh dibuat secara manual dengan langkah-langkah seperti berikut:

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Akhir sekali, hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

BAGAIMANA CARA KEMASKINI STR?

Bagi memastikan kelayakan bantuan tidak terjejas, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan, dan tanggungan secara berkala melalui portal MySTR. Langkah kemaskini seperti di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
BAGAIMANA CARA KEMASKINI STR

CARA BUAT RAYUAN STR 2026

Bagi permohonan STR Fasa 1 2026 yang tidak lulus, proses rayuan telah dibuka oleh kerajaan. Tempoh rayuan adalah seperti butiran di bawah:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
CARA BUAT RAYUAN STR 2026

Cara buat rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

CARA BUAT RAYUAN STR 2026

SOALAN LAZIM (FAQ) JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026

Bolehkah penerima STR kemaskini maklumat selepas permohonan?

Ya, maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan boleh dikemas kini melalui portal MySTR.

Adakah bayaran STR diberikan sekaligus atau berperingkat?

Pembayaran dibuat mengikut fasa yang diumumkan kerajaan.

Bolehkah penerima menyemak status permohonan STR mereka pada bila-bila masa?

Ya, status boleh disemak melalui akaun MySTR.

Apakah tindakan jika maklumat penerima tidak lengkap?

Pemohon perlu mengemas kini maklumat bagi memastikan kelayakan tidak terjejas.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment