BANTUAN TUNAI HASIL 2026 : SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Bantuan Tunai Hasil 2026 atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menghadapi kos sara hidup. Melalui pelaksanaan STR 2026, bantuan kewangan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak berdasarkan kategori dan paras pendapatan isi rumah.
Perincian penuh boleh dirujuk di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI HASIL (STR) 2026?
Kerajaan menyasarkan bantuan ini kepada kumpulan tertentu agar pengagihan Bantuan Tunai Hasil 2026 dapat dilaksanakan secara lebih adil dan bersasar. Antara syarat kelayakan mengikut kategori penerima adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
*Bagi tahun 2026, kategori bujang tidak lagi termasuk dalam STR dan telah dipindahkan ke skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BILA TARIKH BANTUAN TUNAI HASIL 2026 DIKREDITKAN?
Pembayaran Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2026 diagihkan secara berfasa. Bagi Fasa 1, bayaran mula dikreditkan mengikut tarikh berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

BERAPA JUMLAH BANTUAN TUNAI HASIL 2026 DIAGIHKAN?
Jumlah bayaran Fasa 1 Bantuan Tunai Hasil 2026 adalah berbeza mengikut kategori penerima yang ditetapkan oleh kerajaan.
Rujuk jadual di bawah bagi maklumat terperinci:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

BAGAIMANA CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL?
Cara bayaran Bantuan Tunai Hasil 2026 kepada penerima yang layak adalah seperti butiran berikut:
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Mempunyai Akaun Bank | Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan. |
| Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ | Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). |
DAFTAR AKAUN MYSTR
Akaun MySTR diperlukan bagi semua pemohon, sama ada permohonan baharu atau penerima sedia ada, untuk tujuan semakan online status kelayakan STR 2026 serta pengurusan maklumat bantuan. Langkah pendaftaran akaun MySTR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Untuk menyemak status Bantuan Tunai Hasil 2026, layari https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk akaun MySTR. Hubungi BKK di 1-800-88-2747 jika perlukan bantuan. Berikut adalah langkah-langkahnya:
SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

BANTUAN TUNAI HASIL SEMAKAN MELALUI MYGOV MALAYSIA
Semakan status Bantuan Tunai Hasil 2026 juga boleh dibuat melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat akaun MyDigital ID telah didaftarkan. Berikut merupakan langkah ringkas untuk membuat semakan:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan Status Permohonan STR 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan permohonan STR 2026 & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

BAGAIMANA CARA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN?
Pemohon digalakkan untuk mengemas kini maklumat Bantuan Tunai Hasil 2026 sekiranya berlaku sebarang perubahan bagi mengelakkan masalah kelayakan atau kelewatan bayaran. Cara kemaskini seperti berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Bagi individu yang belum pernah membuat permohonan Bantuan Tunai Hasil sebelum ini, permohonan baharu STR 2026 bagi Fasa 2 dibuka mulai 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Permohonan boleh dibuat sama ada secara dalam talian melalui portal MySTR atau secara manual menggunakan borang fizikal di pejabat LHDN. Berikut merupakan langkah lengkap permohonan:
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI HASIL SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna STR 2026 Permohonan Baru di sini:
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI HASIL SECARA MANUAL
Permohonan baru juga boleh dibuat secara manual dengan langkah seperti berikut:
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Akhir sekali, hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
RAYUAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Rayuan Bantuan Tunai Hasil 2026 telah dibuka khas untuk pemohon yang tidak diluluskan. Tarikh rayuan adalah seperti butiran di bawah:
| TARIKH RAYUAN STR 2026 |
|---|
| Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026 |

Langkah buat rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

SOALAN LAZIM (FAQ)
STR 2026 diteruskan dengan penambahbaikan mengikut keperluan semasa.
Tidak, akaun MySTR diperlukan untuk semakan online.
Penerima sedia ada tertakluk kepada pengesahan data semasa.
Boleh, selagi tempoh kemaskini dibuka.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Tunai Hasil 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/