MY STR LOGIN : LOG MASUK UNTUK SEMAKAN STATUS, PERMOHONAN, KEMASKINI
Portal My STR ialah sistem rasmi yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memudahkan urusan berkaitan Bantuan Tunai STR 2026. Melalui portal ini, pengguna boleh login akaun My STR untuk menyemak status bayaran, mengemaskini maklumat peribadi, serta membuat permohonan baharu. Akses yang cepat dan mudah ini membolehkan penerima bantuan mendapatkan maklumat terkini tanpa perlu hadir ke kaunter.
Perincian penuh boleh dirujuk di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Kelayakan STR 2026 masih sama seperti tahun 2025, namun ditambah baik bagi memastikan keadilan serta ketelusan dalam agihan. Antara syarat utama adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Penting: Mulai tahun 2026, penerima bujang tidak lagi layak di bawah STR, sebaliknya mereka akan dibantu melalui inisiatif SARA.
BILA TARIKH STR 2026 FASA 1?
Bayaran bantuan STR bagi tahun 2026 diagihkan secara berperingkat. Untuk Fasa 1, bayaran mula dikreditkan mengikut tarikh yang diumumkan seperti berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

BERAPA JUMLAH STR 2026 YANG AKAN DIBERI?
Bagi STR 2026, jumlah bayaran Fasa 1 ditentukan berdasarkan kategori penerima layak iaitu B40, M40, dan warga emas. Rujuk perincian berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

BAGAIMANA CARA STR 2026 DIBAYAR?
Kaedah agihan bantuan STR 2026 kepada penerima yang layak adalah seperti perincian berikut:
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Mempunyai Akaun Bank | Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan. |
| Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ | Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). |
MY STR LOGIN
Bagi memastikan urusan semakan dan kemas kini lebih mudah, penerima sedia ada serta pengguna baharu perlu mendaftar & login akaun My STR semula. Panduan pendaftaran & login disertakan di bawah:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman My STR dan login semula.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
SEMAK STATUS STR 2026
Individu yang layak boleh semak status STR Fasa 1 2026 melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi. Panduan semakan penuh adalah seperti di bawah:
SEMAK STATUS STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI
- Login ke Akaun My STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan STR 2026 :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAK STATUS STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Semakan status juga boleh dibuat melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat akaun MyDigital ID telah didaftarkan. Berikut merupakan langkah ringkas untuk membuat semakan:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan Status Permohonan STR 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan permohonan STR 2026 & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

RAYUAN STR 2026
Kerajaan mengumumkan pembukaan rayuan STR khas untuk pemohon yang tidak diluluskan. Tarikh rayuan adalah seperti di bawah:
| TARIKH RAYUAN STR 2026 |
|---|
| Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026 |

Langkah buat rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

BAGAIMANA CARA BUAT PERMOHONAN BARU STR 2026?
Bagi yang belum mohon STR sebelum ini, permohonan baharu STR 2026 untuk Fasa 2 boleh dibuat bermula 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Anda boleh memohon STR melalui dua cara iaitu melalui online di portal My STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau manual menggunakan borang fizikal di pejabat LHDN. Berikut langkah-langkah penuh permohonan:
PERMOHONAN BARU STR 2026 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna STR 2026 Permohonan Baru di sini:
PERMOHONAN BARU STR 2026 SECARA MANUAL
Bagi individu yang tidak dapat membuat permohonan secara online, permohonan baru STR 2026 juga boleh dibuat secara manual dengan langkah seperti berikut:
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Akhir sekali, hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
KEMASKINI AKAUN MY STR
Bagi penerima sedia ada dan pengguna baru, pastikan anda kemas kini maklumat STR 2026 melalui portal rasmi My STR agar kelayakan bantuan tidak terjejas. Rujuk langkah berikut:
- Login akaun baru My STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.

SOALAN LAZIM (FAQ) MY STR LOGIN
My STR ialah portal rasmi LHDNM untuk urusan STR 2026.
Gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” dan semak e-mel berdaftar.
Bayaran diagihkan mengikut fasa yang diumumkan kerajaan.
Pemohon boleh menghubungi hotline rasmi atau merujuk portal STR untuk maklumat lanjut.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi My STR Login ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/