PERMOHONAN BARU STR 2026 : CARA ISI BORANG & MOHON ONLINE BANTUAN TUNAI KERAJAAN

PERMOHONAN BARU STR 2026 : CARA ISI BORANG & MOHON ONLINE BANTUAN TUNAI KERAJAAN

Permohonan baharu STR 2026 dibuka kepada individu dan isi rumah yang memenuhi syarat kelayakan tetapi belum pernah menerima bantuan sebelum ini. Proses permohonan boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui sistem rasmi bagi memastikan agihan bantuan tunai kerajaan dilaksanakan secara teratur, telus dan adil kepada golongan yang memerlukan.

Butiran penting telah dihimpunkan di bawah sebagai rujukan.

PERMOHONAN BARU STR 2026

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT PERMOHONAN STR 2026?

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak, syarat kelayakan STR 2026 masih berpandukan kriteria sedia ada dengan beberapa penambahbaikan. Antara syarat utama STR 2026 bagi permohonan baru yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman: Pemohon bujang yang memenuhi kelayakan tidak menerima bayaran STR dalam bentuk tunai seperti kategori isi rumah. Sebaliknya, bantuan akan disalurkan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.

DAFTAR AKAUN RASMI MYSTR

Pemohon baharu dan penerima sedia ada amat digalakkan memiliki akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan dan semakan. Pendaftaran akaun MySTR boleh dilakukan secara dalam talian melalui langkah-langkah berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
DAFTAR AKAUN RASMI MYSTR

PERMOHONAN BARU STR 2026

Bagi individu atau isi rumah yang belum pernah memohon STR sebelum ini, permohonan baharu STR 2026 untuk Fasa 2 boleh dibuat bermula 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Pemohon perlu memastikan semua maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan diisi dengan lengkap dan tepat bagi melancarkan proses semakan kelayakan. Proses permohonan STR 2026 boleh dibuat secara online atau manual dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

PERMOHONAN BARU STR 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
CARA PERMOHONAN BAHARU STR

Sila rujuk Panduan Pengguna STR 2026 Permohonan Baru di sini:

PERMOHONAN BARU STR 2026 SECARA MANUAL

Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara dalam talian, permohonan baru STR 2026 juga boleh dibuat secara manual dengan langkah berikut:

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Akhir sekali, hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

SEMAKAN STATUS STR 2026

Selepas permohonan baru dihantar, pemohon yang layak boleh menyemak status STR Fasa 1 2026 melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi. Panduan semakan penuh STR 2026 adalah seperti yang dijelaskan di bawah:

SEMAKAN STATUS STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan STR 2026 :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
SEMAKAN STATUS STR 2026

SEMAKAN STATUS STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal STR, semakan status juga boleh dibuat melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat akaun MyDigital ID telah didaftarkan. Berikut merupakan langkah ringkas untuk membuat semakan melalui MyGOV Malaysia:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Status Permohonan STR 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan permohonan STR 2026 & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BERAPA JUMLAH STR 2026 FASA 1 DITERIMA?

Jumlah bantuan yang diterima bagi Fasa 1 tidak sama bagi setiap pemohon kerana ia ditentukan berdasarkan kategori dan kelayakan masing-masing. Perincian jumlah bantuan akan dijelaskan melalui jadual di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH STR 2026 FASA 1 DITERIMA

BILA TARIKH STR 2026 FASA 1 DIKREDITKAN?

Bayaran bantuan STR bagi tahun 2026 tidak dibuat sekali gus, sebaliknya diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Untuk Fasa 1, bayaran mula dikreditkan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH STR 2026 FASA 1 DIKREDITKAN

BAGAIMANA CARA STR 2026 DIBAYAR?

Bantuan STR 2026 akan disalurkan menggunakan kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan proses berjalan lancar. Kaedah agihan bantuan adalah seperti perincian berikut:

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
Penerima Mempunyai Akaun BankBayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

RAYUAN STR 2026 BAGI PERMOHONAN TIDAK LULUS

Kerajaan mengumumkan pembukaan tempoh rayuan STR khas untuk pemohon yang permohonan terdahulu tidak diluluskan. Tarikh rayuan adalah seperti butiran berikut:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
RAYUAN STR 2026 BAGI PERMOHONAN TIDAK LULUS

Langkah membuat rayuan STR secara dalam talian:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

RAYUAN STR 2026

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN STR 2026

Bagi mengelakkan sebarang isu berkaitan kelayakan atau kelewatan bayaran, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi dari semasa ke semasa. Cara pengemaskinian maklumat melalui portal MySTR adalah seperti berikut:

  1. Log masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN STR 2026

SOALAN LAZIM (FAQ)

Siapakah yang layak membuat permohonan baharu STR 2026?

Individu atau isi rumah yang memenuhi syarat kelayakan semasa dan belum pernah menerima STR sebelum ini.

Adakah permohonan baru STR 2026 dikenakan sebarang bayaran?

Tidak, permohonan STR adalah percuma sepenuhnya melalui portal rasmi.

Bolehkah permohonan baru STR 2026 dibuat tanpa akaun MySTR?

Akaun MySTR diperlukan bagi melengkapkan permohonan dan menyemak status bantuan.

Berapa lama tempoh pemprosesan permohonan baru STR 2026?

Tempoh pemprosesan bergantung kepada jumlah permohonan dan proses pengesahan maklumat.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Baru STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment