CARA SEMAK STR 2026 : SEMAK BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG LULUS & TARIKH BAYARAN

CARA SEMAK STR 2026 : SEMAK BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG LULUS & TARIKH BAYARAN

Cara semak STR 2026 yang betul penting bagi memastikan pemohon mengetahui status kelayakan, jumlah bantuan yang diluluskan serta tarikh bayaran setiap fasa. Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi yang disediakan kerajaan bagi memudahkan penerima mendapatkan maklumat terkini dengan cepat dan tepat.

Semua maklumat berkaitan telah dikumpulkan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Syarat kelayakan STR 2026 secara asasnya masih mengekalkan kriteria terdahulu dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan agihan bantuan lebih telus dan adil. Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman Penerima Bujang:
Individu bujang yang memenuhi kriteria tidak akan menerima bayaran STR secara tunai seperti kategori lain. Sebaliknya, mereka akan disalurkan bantuan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 1?

Bayaran bantuan STR 2026 dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun mengikut keputusan rasmi kerajaan. Untuk Fasa 1, bayaran mula dikreditkan berdasarkan tarikh berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 1

CARA SEMAK STR 2026

Penerima yang layak boleh semak status STR 2026 secara atas talian melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi. Panduan cara semak STR 2026 adalah seperti yang diterangkan di bawah:

CARA SEMAK STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan STR 2026 :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
CARA SEMAK STR 2026

CARA SEMAK STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Bagi cara semak status STR 2026 melalui MyGOV Malaysia memerlukan pengguna mempunyai akaun MyDigital ID yang sah dan telah diaktifkan. Berikut adalah langkah ringkas untuk membuat semakan STR 2026 melalui MyGOV Malaysia:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Status Permohonan STR 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan permohonan STR 2026 & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BERAPA JUMLAH STR 2026 FASA 1 DIAGIHKAN?

Jumlah bantuan STR 2026 bagi Fasa 1 tidak sama bagi semua penerima kerana ia ditentukan mengikut kategori kelayakan masing-masing. Perincian jumlah bantuan boleh dirujuk seperti di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH STR 2026 FASA 1 DIAGIHKAN

BAGAIMANA CARA STR 2026 DISALURKAN?

Bantuan STR 2026 akan disalurkan menggunakan kaedah pembayaran yang telah ditetapkan bagi memastikan agihan berjalan lancar. Kaedah pembayaran bantuan adalah seperti perincian berikut:

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
Penerima Mempunyai Akaun BankBayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

CARA BUAT RAYUAN STR 2026

Rayuan bagi permohonan tidak lulus untuk Fasa 1 STR 2026 telah dibuka. Tempoh rayuan adalah seperti berikut:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
CARA BUAT RAYUAN STATUS STR 2026

Cara buat rayuan:
1️⃣ Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk MySTR
3️⃣ Pilih menu Rayuan
4️⃣ Kemaskini maklumat & dokumen
5️⃣ Hantar dan simpan bukti

CARA BUAT RAYUAN STATUS STR 2026

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR?

Semua penerima STR 2026 digalakkan memiliki akaun MySTR bagi memudahkan urusan semakan dan pengurusan maklumat bantuan. Pendaftaran akaun MySTR boleh dilakukan secara dalam talian melalui langkah-langkah berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

CARA PERMOHONAN BAHARU STR

Individu yang layak tetapi belum pernah memohon STR masih berpeluang mengemukakan permohonan baharu sepanjang tahun. Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
CARA PERMOHONAN BAHARU STR

KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026

Pengemaskinian maklumat peribadi amat penting bagi mengelakkan sebarang masalah kelayakan atau kelewatan bayaran. Cara-cara untuk mengemas kini maklumat melalui portal MySTR adalah seperti berikut:

  1. Log masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA SEMAK STR 2026

Adakah semakan STR 2026 boleh dibuat bila-bila masa?

Semakan boleh dibuat sepanjang tahun, namun maklumat bayaran biasanya dikemas kini mengikut fasa.

Perlukah log masuk akaun untuk lihat jumlah bantuan STR?

Ya, log masuk diperlukan bagi melihat jumlah bantuan dan status kelulusan secara terperinci.

Adakah tarikh bayaran STR sama untuk semua penerima?

Tidak, tarikh bayaran bergantung kepada kategori kelayakan dan kaedah pembayaran.

Bolehkah semakan dibuat menggunakan telefon bimbit?

Ya, portal STR boleh diakses menggunakan telefon pintar dengan sambungan internet.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Cara Semak STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

1 thought on “CARA SEMAK STR 2026 : SEMAK BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG LULUS & TARIKH BAYARAN”

Leave a Comment