PERMOHONAN STR : SYARAT KELAYAKAN, KEMASKINI & PERMOHONAN BARU 2026

PERMOHONAN STR : SYARAT KELAYAKAN, KEMASKINI & PERMOHONAN BARU 2026

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dibuka bagi memberi peluang kepada individu dan isi rumah yang layak menerima bantuan kewangan kerajaan. Selain permohonan baharu, pemohon sedia ada juga boleh membuat kemaskini maklumat bagi memastikan kelayakan dinilai dengan tepat berdasarkan keadaan semasa.

Info lanjut telah disusun di bawah sebagai panduan.

PERMOHONAN STR 2026

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT PERMOHONAN STR?

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, kelayakan STR 2026 masih berpandukan kriteria sedia ada dengan beberapa penambahbaikan. Antara syarat utama bagi permohonan STR 2026 adalah seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

*Sebagai makluman, pemohon bujang yang memenuhi syarat kelayakan tidak menerima STR dalam bentuk bayaran tunai seperti kategori isi rumah. Sebaliknya, bantuan disalurkan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 mengikut mekanisme yang ditetapkan.

DAFTAR AKAUN BARU MYSTR

Bagi memudahkan urusan permohonan STR, semakan dan kemaskini maklumat, pemohon baharu serta penerima sedia ada digalakkan memiliki akaun MySTR. Pendaftaran akaun MySTR boleh dibuat secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
DAFTAR AKAUN BARU MYSTR

PERMOHONAN STR

Bagi individu atau isi rumah yang belum pernah memohon STR sebelum ini, permohonan baharu STR 2026 bagi Fasa 2 boleh dibuat bermula 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Pemohon perlu memastikan maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan diisi dengan lengkap dan tepat. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau manual seperti berikut:

PERMOHONAN STR SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN STR

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 di sini:

PERMOHONAN STR SECARA MANUAL

Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara atas talian, permohonan STR 2026 juga boleh dilakukan secara manual dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh pihak LHDN:

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR TERKINI?

Selepas permohonan dihantar, pemohon yang layak boleh membuat semakan status STR Fasa 1 2026 melalui Portal Rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi. Panduan semakan penuh adalah seperti diterangkan di bawah.

CARA SEMAK STATUS STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan STR 2026 :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR TERKINI

CARA SEMAK STATUS STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal STR, semakan status juga boleh dibuat melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat pemohon telah mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID. Berikut merupakan langkah ringkas untuk membuat semakan melalui MyGOV Malaysia:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Status Permohonan STR 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan permohonan STR 2026 & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

RAYUAN STR BAGI PERMOHONAN GAGAL

Kerajaan turut membuka tempoh rayuan khas STR bagi pemohon yang permohonan terdahulu tidak diluluskan. Proses rayuan membolehkan pemohon mengemukakan maklumat baharu atau pembetulan bagi penilaian semula kelayakan. Berikut adalah tarikh rayuan yang ditetapkan:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
RAYUAN STR BAGI PERMOHONAN GAGAL

Cara rayuan STR secara dalam talian:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

RAYUAN STR BAGI PERMOHONAN GAGAL

BERAPA JUMLAH STR FASA 1?

Jumlah bantuan STR Fasa 1 tidak sama bagi setiap pemohon kerana ia ditentukan berdasarkan kategori dan tahap kelayakan masing-masing. Perincian jumlah bantuan seperti dalam jadual di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH STR FASA 1

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR DIAGIHKAN?

Bantuan STR disalurkan melalui kaedah pembayaran rasmi kerajaan seperti berikut:

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
Penerima Mempunyai Akaun BankBayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA TARIKH STR FASA 1 2026 DIKREDITKAN?

Bayaran STR 2026 tidak dibuat secara sekali gus, sebaliknya diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi Fasa 1, bayaran akan mula dikreditkan mengikut tarikh yang ditetapkan:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH STR FASA 1 2026 DIKREDITKAN

BAGAIMANA CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN STR?

Bagi mengelakkan sebarang isu kelayakan atau kelewatan bayaran, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan dari semasa ke semasa melalui portal MySTR. Proses kemaskini boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
BAGAIMANA CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN STR

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah permohonan STR 2026 wajib dibuat setiap tahun?

Tidak. Pemohon sedia ada hanya perlu mengemas kini maklumat jika terdapat perubahan.

Adakah pemohon tanpa pekerjaan masih boleh memohon STR?

Boleh, tertakluk kepada penilaian kelayakan pendapatan isi rumah.

Jika tersilap isi maklumat, bolehkah diperbetulkan?

Ya, pembetulan boleh dibuat melalui kemaskini MySTR atau semasa tempoh rayuan.

Jika akaun bank tidak aktif, adakah bayaran tetap dibuat?

Bayaran akan disalurkan melalui kaedah alternatif yang ditetapkan kerajaan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan STR ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment