JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK KADAR BAHARU PEMBAYARAN MENGIKUT KATEGORI

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK KADAR BAHARU PEMBAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah menguruskan kos sara hidup. Jumlah bayaran Bantuan STR bagi tahun 2026 distrukturkan mengikut kategori penerima dan bilangan tanggungan supaya dapat disalurkan dengan lebih adil dan tersasar.

Sila lihat kupasan lengkap di bawah untuk rujukan anda.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT BANTUAN STR 2026?

Senarai kategori yang layak telah ditetapkan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman penting: Kategori bujang tidak lagi menerima STR dan digantikan sepenuhnya dengan skim SARA 2026.

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 DIKREDITKAN?

Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran Fasa 1 STR 2026 masih belum diumumkan. Kerajaan akan mengeluarkan jadual pembayaran setelah pengumuman rasmi dibuat.

  • Sebagai rujukan, bayaran Fasa 1 tahun 2025 telah dikreditkan pada bulan Januari.
  • Tarikh 2026 mungkin berbeza bergantung kepada pengumuman kewangan semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2026

Bayaran STR 2026 diagihkan mengikut kategori isi rumah yang ditetapkan kerajaan. Setiap kategori mempunyai jumlah bayaran Bantuan STR 2026 tertentu dan dibayar mengikut fasa. Perincian jumlah bayaran penuh Bantuan STR 2026 boleh dirujuk dalam jadual di bawah:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2026

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR?

Semua penerima STR sama ada penerima sedia ada atau pemohon baharu perlu mempunyai akaun MySTR bagi memudahkan proses semakan kelayakan, kemaskini maklumat dan akses status jumlah bayaran Bantuan STR 2026. Berikut ialah panduan ringkas pendaftaran akaun MySTR:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status jumlah bayaran Bantuan STR 2026 secara online.
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR

BAGAIMANA CARA BANTUAN STR 2026 DIMOHON?

Pemohon yang baru pertama kali ingin mendapatkan STR 2026 boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian sepanjang tempoh permohonan dibuka. Cara permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
    • Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pergi ke bahagian Permohonan :
    • Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
    • Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
  4. Masukkan maklumat peribadi :
    • Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
  5. Maklumat individu akan dipaparkan :
    • Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi :
    • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pergi halaman permohonan seterusnya :
    • Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
  8. Pilih Status Perkahwinan :
    • “Berkahwin”;
    • “Bercerai”;
    • “Bujang”;
    • Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
  9. Lengkapkan maklumat pasangan :
    • Sekiranya anda memilih status “Berkahwin”, isikan maklumat pasangan.
  10. Isikan maklumat anak (jika ada) :
    • Masukkan nama dan nombor MyKid anak jika ada dan terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi.
  11. Muat naik dokumen sokongan :
    • Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  12. Masukkan maklumat waris :
    • Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
  13. Sahkan kod Captcha :
    • Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
  14. Hantar borang permohonan :
    • Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
  15. Permohonan berjaya :
    • Bagi permohonan Bantuan STR 2026 yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
BAGAIMANA CARA BANTUAN STR 2026 DIMOHON

CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR

Bagi memastikan kelayakan tidak terjejas, pemohon digalakkan mengemaskini maklumat terkini seperti pendapatan, alamat, tanggungan dan status perkahwinan melalui portal MySTR. Langkah kemaskini adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR

SOALAN LAZIM (FAQ) JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2026

Adakah jumlah bayaran Bantuan STR 2026 sama untuk semua kategori?

Tidak, kadar bayaran berbeza mengikut kategori dan tanggungan.

Perlu daftar semula jika sudah menerima STR 2025?

Tidak, hanya perlu kemaskini jika ada perubahan maklumat.

STR 2026 ada berapa fasa pembayaran?

Bilangan fasa akan diumumkan kerajaan.

Bagaimana jika maklumat bank salah?

Pemohon perlu kemaskini segera untuk elakkan gagal kredit.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Jumlah Bayaran Bantuan STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment