BANTUAN SEWA RUMAH JOHOR – PERUMAHAN KASIH JOHOR 2026 (KELAYAKAN & CARA MOHON)
Bantuan Sewa Rumah Johor merupakan salah satu inisiatif di bawah program Perumahan Kasih Johor 2026 yang diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang berdepan dengan tekanan kos sara hidup dan perbelanjaan sewaan kediaman. Melalui pelaksanaan program ini, kerajaan negeri Johor berusaha menyediakan sokongan kewangan kepada penyewa yang layak agar mereka dapat mengekalkan kediaman yang stabil dan sesuai sepanjang tempoh bantuan, tertakluk kepada syarat serta kelulusan yang ditetapkan.
Sila lihat ringkasan lengkap di bawah untuk rujukan anda.
BACA JUGA: PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
OBJEKTIF BANTUAN SEWA RUMAH JOHOR
Antara objektif utama pelaksanaan Bantuan Sewa Rumah Johor adalah:
- Meringankan beban bayaran sewa rumah dalam kalangan golongan B40 di Negeri Johor.
- Mengurangkan tekanan kos sara hidup isi rumah yang layak.
- Membantu penyewa mengekalkan kediaman selagi perjanjian sewaan masih berkuat kuasa.
- Menyokong kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat Johor.

APA SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN?
Pemohon Bantuan Sewa Rumah Johor mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia dan memiliki MyKad beralamat di Negeri Johor.
- Pemohon dan pasangan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Johor.
- Berstatus berkahwin, ibu tunggal atau bapa tunggal serta mempunyai tanggungan.
- Berumur antara 25 hingga 40 tahun.
- Bekerja dan menjana pendapatan di Negeri Johor.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri dan tidak tinggal di perumahan di bawah skim kerajaan seperti:
- Program Perumahan Rakyat (PPR)
- Rumah Sewa Kerajaan (RSK)
- Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ Transit)
- Rumah Johor (RTB)
- Perumahan di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
- Had pendapatan isi rumah:
- Tidak melebihi RM5,000 sebulan bagi kawasan JS-SEZ (MBJB, MBIP, MBPG, MPKu, MPPn, MPP)
- Tidak melebihi RM4,000 sebulan bagi kawasan selain JS-SEZ
- Menyewa rumah yang bukan milik ahli keluarga terdekat.
- Mempunyai perjanjian sewaan yang sah dan masih berkuat kuasa.
BERAPA BANTUAN SEWA RUMAH JOHOR & CARA BAYARAN?
Di bawah program Bantuan Sewa Rumah Johor 2026, penerima yang layak akan menerima:
| JUMLAH BANTUAN | TEMPOH BAYARAN |
|---|---|
| RM200 sebulan | Selama 10 bulan bermula Mac 2026 |
*Jumlah keseluruhan bantuan sehingga RM2,000 bagi setiap penerima.
Cara Bayaran Disalurkan
- Bayaran akan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank pemohon.
- Akaun yang digunakan mestilah akaun simpanan atas nama pemohon.
- Penyaluran tertakluk kepada pengesahan dokumen dan maklumat yang dikemukakan.

CARA MOHON BANTUAN SEWA RUMAH JOHOR 2026
Permohonan perlu dibuat melalui langkah berikut:
- Mengisi borang permohonan rasmi yang ditetapkan
- Borang lengkap hendaklah dihantar terus kepada PKPJ
- Pemohon boleh merujuk folder maklumat rasmi yang disediakan:
Muat turun borang Bantuan Sewa Rumah
Muat Turun borang Akujanji Pemilik Rumah
Muat Turun borang Akujanji Pemohon/Penyewa Rumah
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN
Pemohon Bantuan Sewa Rumah Johor wajib mengemukakan dokumen berikut:
- Salinan MyKad pemohon dan pasangan.
- Salinan sijil nikah / pendaftaran perkahwinan / perceraian / kematian (jika berkaitan).
- Salinan semakan daftar pemilih daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
- Penyata gaji 3 bulan terkini pemohon dan pasangan (disahkan majikan).
- Bagi bekerja sendiri:
- Penyata KWSP terkini atau
- Penyata akaun bank 3 bulan terkini
- Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
- Salinan perjanjian sewaan yang telah ditandatangani dan dimatikan setem.
- Jika masih dalam proses, sertakan perjanjian asal dan perjanjian tambahan apabila siap.
- Gambar rumah yang disewa.
- Borang AkuJanji Penyewa Rumah dan AkuJanji Pemilik Rumah.
- Surat pengesahan daripada YB EXCO / YB ADUN / Penyelaras DUN.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Program ini mensasarkan pemohon yang berkahwin, ibu tunggal atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Kelulusan tertakluk kepada penilaian dan kuota semasa. Rayuan bergantung kepada garis panduan yang ditetapkan.
Ya. Bantuan ini terbuka kepada pemohon di seluruh Negeri Johor.
Tidak. Bantuan diberikan secara bulanan sepanjang tempoh yang diluluskan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Rumah Sewa Johor ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Yayasan Bandaraya Johor: https://www.ybjb.org.my/
- Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)
- Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.
- No. Tel: 07-2666260
- No. Faks: 07-2661512
- Emel: [email protected]
- Laman web: https://pkpj.johor.gov.my/main
- Media sosial: PKPJOFFICIAL (Facebook, Instagram, TikTok, YouTube)