CHECK SAMAN ONLINE – PANDUAN LENGKAP SEMAK SAMAN TRAFIK, PDRM & JPJ
Semakan saman kini lebih mudah kerana ia boleh dibuat secara dalam talian hanya menggunakan nombor plat kenderaan. Sama ada saman PDRM, JPJ atau saman trafik lain, semua boleh diperiksa dengan cepat melalui portal rasmi kerajaan dan aplikasi mudah alih.
Panduan ini menerangkan cara paling mudah untuk check saman online serta pilihan lain yang boleh digunakan.
BACA JUGA: PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2026
APA ITU SAMAN JPJ & SAMAN PDRM?
Berikut ringkasan perbezaan saman yang dikeluarkan oleh JPJ dan PDRM:
| JENIS SAMAN | JENIS KESALAHAN | CONTOH KESALAHAN | CARA SEMAK |
|---|---|---|---|
| Saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) | Kesalahan lalu lintas berkaitan Akta Pengangkutan Jalan | Tiada lesen, nombor plat tidak ikut spesifikasi, cukai jalan tamat | MyJPJ, Portal JPJ |
| Saman PDRM (Polis Diraja Malaysia) | Kesalahan trafik di jalan raya | Tidak pakai tali pinggang, langgar lampu merah, laju | MyBayar Saman, SSO PDRM, SMS |
CARA CHECK SAMAN ONLINE GUNA NOMBOR PLAT
Terdapat beberapa cara untuk check saman online hanya menggunakan nombor plat kenderaan. Berikut perinciannya:
PORTAL MYBAYAR SAMAN PDRM
- Layari Portal MyBayar PDRM : https://mybayar.rmp.gov.my
- Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
- Log masuk setelah selesai mendaftar.
- Buat semakan saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat pembayaran secara online.

PORTAL SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM
SSO PDRM ini bertujuan memudahkan orang ramai menyemak status perkhidmatan polis, termasuk Laporan Polis dan Saman Trafik.
- Layari portal SSO di: http://sso.rmp.gov.my
- Pengguna baharu perlu mendaftar akaun dahulu.
- Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Untuk menyemak saman, klik ikon ‘Status Saman’ dan masukkan Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan anda.

APLIKASI MYJPJ
- Muat turun aplikasi MyJPJ di:
- Log masuk ke akaun atau daftar akaun baru.
- Pilih senarai “Saman Yang Dimiliki” untuk melihat saman yang didaftarkan atas nama anda.
- Klik ‘Checkbox’ pada saman yang ingin dibayar.
- Semak jumlah saman yang dipilih.
- Klik butang “Bayar Saman”.
- Selesai bayaran.

MELALUI SMS
- Check Saman Polis
- POLIS <jarak> SAMAN <jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888 atau 32728.
- Check Saman JPJ
- JPJ <jarak> SAMAN <jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888.
DISKAUN SAMAN 2025
Bagi menyelesaikan saman tertunggak berjumlah RM6.6 bilion, Kementerian Dalam Negeri (DS Saifuddin Nasution Ismail) dan Kementerian Pengangkutan (YB Anthony Loke) melaksanakan promosi diskaun saman secara bersama melibatkan Polis dan JPJ.
Kadar Diskaun 2025:

| SAMAN TRAFIK POLIS | SAMAN TRAFIK JPJ |
|---|---|
| Diskaun 70% | Diskaun 50% |
- Tempoh promosi:
- 1 November 2025 hingga 30 Disember 2025

TIPS ELAKKAN SAMAN TRAFIK
Terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi mengelakkan saman trafik. Antaranya:
- Patuhi had laju jalan raya & lampu isyarat.
- Pakai tali pinggang keledar atau topi keledar.
- Jangan guna telefon bimbit sewaktu memandu.
- Pastikan cukai jalan & lesen memandu tidak tamat tempoh.
- Jangan parkir kenderaan di kawasan larangan.
- Rancang perjalanan & ikut peraturan jalan raya.
SOALAN LAZIM (FAQ) CHECK SAMAN ONLINE
Ya, beberapa portal membenarkan semakan menggunakan nombor plat sahaja.
Mungkin saman masih belum dikemas kini dalam sistem atau melibatkan kes lain.
Ya, jika anda mempunyai nombor plat atau maklumat kenderaan.
Tidak, semakan adalah percuma.
Biasanya dalam tempoh 24–72 jam.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Check Saman Online ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/
- Portal Rasmi PDRM: https://www.rmp.gov.my/