CARA BELI BARANG MYKASIH GUNA IC – SEMAK PANDUAN 2025

CARA BELI BARANG MYKASIH GUNA IC – SEMAK PANDUAN 2025

Penerima Bantuan SARA MyKasih 2025 kini boleh membeli barangan keperluan asas hanya dengan MyKad tanpa tunai. Di sini kami sediakan panduan cara beli barang guna Mykad atau IC di pasar raya terpilih, termasuk langkah-langkah di kaunter, cara semak baki bantuan, dan jenis barangan yang dibenarkan. Sangat berguna untuk penerima yang pertama kali menggunakan sistem MyKasih dalam IC.

Maklumat penuh boleh dirujuk di bawah.

BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

APA ITU BANTUAN BARANG MYKASIH (SARA)?

Bantuan MyKasih SARA ialah inisiatif kerajaan melalui platform MyKasih Foundation, yang menyalurkan bantuan secara tanpa tunai (cashless) kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Penerima tidak menerima wang tunai secara langsung, sebaliknya jumlah bantuan dikreditkan terus ke dalam IC. Ia boleh digunakan untuk membeli barangan asas di kedai runcit atau pasar raya yang berdaftar di bawah program ini.

Antara ciri utama bantuan MyKasih SARA:

  • Disasarkan kepada golongan B40 yang tersenarai dalam STR atau eKasih.
  • Nilai bantuan dikreditkan secara bulanan ke dalam IC.
  • Hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan.
  • Jika baki tidak digunakan sepenuhnya, ia akan dibawa ke bulan berikutnya sepanjang tempoh program masih aktif.

CARA BELI BARANG MYKASIH

Proses pembelian barang asas menggunakan Bantuan MyKasih sangat mudah. Hanya bawa IC dan ikuti panduan cara beli barang MyKasih seperti berikut:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk IC untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status IC penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna IC
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA BELI BARANG MYKASIH GUNA IC

*Jika jumlah pembelian melebihi nilai bantuan yang ada, penerima boleh menambah bayaran menggunakan wang tunai sendiri.

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI MYKASIH DALAM IC?

Baki bantuan MyKasih boleh disemak melalui kaunter pasar raya terpilih, aplikasi mudah alih MyKasih atau secara dalam talian di portal rasmi menggunakan ID pengguna. Berikut adalah perinciannya:

CHECK BAKI MYKASIH DI KAUNTER

  1. Kunjungi pasaraya terlibat
    Pergi ke mana-mana pasaraya rakan niaga MyKasih seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, atau lain-lain yang mengambil bahagian.
  2. Maklumkan kepada juruwang
    Beritahu juruwang anda ingin membuat semakan baki bantuan SARA MyKasih.
  3. Serahkan IC
    Berikan IC anda untuk diproses melalui terminal pembayaran elektronik mereka.
  4. Terima resit semakan
    Juruwang akan membantu semak dan memberikan resit yang memaparkan baki bantuan yang masih ada.

SEMAK BAKI MYKASIH MELALUI APLIKASI

  1. Muat Turun Aplikasi
  2. Log Masuk / Daftar
    • Masukkan nombor IC anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. Semak Baki
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki Bantuan MyKasih akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan
  • Ciri Tambahan:
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA MyKasih.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
  • Jika gagal log masuk aplikasi:
BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI MYKASIH DALAM IC

SEMAK BAKI MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Cara beli barang MyKasih guna IC
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI MYKASIH DALAM IC

CARA SEMAK BARANG MYKASIH YANG BOLEH DI BELI

Tidak semua barangan di kedai boleh dibeli menggunakan bantuan MyKasih. Hanya barang yang diluluskan dalam kategori tertentu sahaja dibenarkan. Berikut adalah cara semak barang MyKasih yang boleh di beli:

  1. Perhatikan label MyKasih / SARA pada rak barang di kedai.
  2. Rujuk senarai kategori rasmi yang dikeluarkan di laman web MyKasih.
  3. Gunakan aplikasi MyKasih untuk semak kod bar dan kategori barang yang layak.

Antara kategori barangan asas yang dibenarkan termasuk:

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Gula, garam & bahan perasa
  7. Mi segera
  8. Biskut dan makanan kering
  9. Makanan dalam tin
  10. Minuman asas (contoh: susu tepung, minuman malt, koko)
  11. Produk kebersihan diri (sabun, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
  12. Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pinggan, lantai)
  13. Barangan sekolah asas untuk anak-anak

Nota penting: Tidak semua jenama dalam kategori ini diluluskan. Hanya jenama yang disenaraikan dalam sistem MyKasih boleh ditebus menggunakan bantuan.

14 KATEGORI BARANGAN YANG DILULUSKAN

DI MANA BOLEH BELI BARANG MYKASIH GUNA IC?

Penerima boleh membeli barangan bantuan di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah program MyKasih.

Antara kedai yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia termasuk:

  • Mydin
  • Lotus’s (Tesco)
  • Econsave
  • Giant
  • Pacific
  • The Store
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Kedai runcit tempatan yang disenaraikan sebagai merchant MyKasih

*Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

DI MANA LOKASI KEDAI

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA BELI BARANG MYKASIH

Bagaimana cara semak status bayaran SARA MyKasih?

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi SARA/MyKasih menggunakan nombor kad pengenalan (IC/MyKad) penerima.

Adakah penerima perlu membuat permohonan?

Tiada permohonan, penerima ditentukan berdasarkan data kerajaan.

Bila bantuan SARA MyKasih mula diberikan?

Bermula Januari 2025 (ikut tarikh diumumkan kerajaan).

Bolehkah bantuan SARA MyKasih dikeluarkan sebagai wang tunai?

Tidak boleh, hanya boleh digunakan untuk pembelian barang asas.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Cara Beli Barang MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment