BAYARAN STR FASA 4 2025 (SEMAK TARIKH & JUMLAH BANTUAN)
Kerajaan meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 bagi membantu golongan B40 dan M40 menghadapi peningkatan kos sara hidup. Melalui bantuan ini, penerima boleh membuat semakan tarikh bayaran dan jumlah bantuan yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing.
Bayaran STR Fasa 4 merupakan fasa terakhir bagi tahun ini, sekaligus menjadi pelengkap kepada keseluruhan jumlah bantuan tunai yang dijanjikan. Semakan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi STR bagi memastikan penerima yang layak tidak terlepas menerima bantuan.
BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Pemohon STR perlu memenuhi kelayakan tertentu sebelum layak menerima bantuan tunai ini. Antara syarat yang mesti dipenuhi oleh pemohon:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Penting: Individu bujang yang masih menuntut sepenuh masa hanya boleh dimasukkan dalam senarai tanggungan isi rumah. Mereka tidak dibenarkan memohon sebagai bujang individu.
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4?
Perdana Menteri melalui ucapan Pra Belanjawan 2026 telah mengumumkan, bayaran STR bagi Fasa 4 2025 akan di kreditkan bermula 18 Oktober 2025. Ini bersempena sambutan perayaan Deepavali yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Rujuk jadual di bawah untuk semakan lengkap tarikh bayaran setiap fasa bantuan:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | 18 OKTOBER |
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR DIAGIHKAN?
Cara bayaran STR Fasa 4 ditetapkan mengikut status penerima. Bagi penerima berakaun, bayaran dikredit terus, manakala penerima tanpa akaun akan menerima secara tunai di BSN. Lihat perincian berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 YANG DISALURKAN?
Dalam Fasa 4 ini, bantuan STR diteruskan dengan jumlah bayaran antara RM150 hingga RM700. Nilainya bergantung pada kategori penerima. Senarai lengkap ada di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAYARAN STR FASA 4 SEMAKAN STATUS
Untuk ketahui status bayaran STR Fasa 4, layari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk akaun MySTR dan pilih Semakan Status. Sebarang pertanyaan boleh hubungi BKK: 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang). Rujuk panduan di bawah untuk langkah penuh semakan status bayaran bantuan STR Fasa 4:
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Boleh guna fungsi reset di portal atau hubungi hotline BKK.
Berdasarkan status perkahwinan & maklumat permohonan.
Ya, portal STR mesra telefon pintar dan boleh diakses melalui pelayar mudah alih.
Penerima boleh hadir ke cawangan BSN berdekatan untuk membuat tuntutan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bayaran STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]