CARA GUNA BUDI 95 UNTUK BELI MINYAK PETROL
Program Budi 95 membolehkan rakyat menikmati subsidi petrol RON95 secara automatik hanya dengan menggunakan MyKad semasa mengisi minyak. Inisiatif ini memudahkan pengguna tanpa perlu membawa kad tambahan atau membuat tuntutan manual. Melalui sistem baharu ini, penerima layak boleh isi minyak RON95 di stesen terpilih menggunakan IC, sama ada di pam automatik atau di kaunter pembayaran. Langkah ini juga memastikan bantuan subsidi disalur terus kepada pengguna sebenar tanpa ketirisan.
Nak tahu bagaimana cara guna Budi 95? Semua butiran terkini dihimpunkan di bawah.
BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

APA ITU BUDI 95?
Program Budi Madani RON95 atau lebih dikenali sebagai Budi 95 merupakan inisiatif kerajaan untuk menyalurkan subsidi petrol bersasar kepada golongan B40 dan M40 yang layak. Bagi cara guna Budi 95, penerima hanya perlu menggunakan MyKad berdaftar semasa membuat pembelian minyak di stesen petrol. Sistem pam akan mengesahkan kelayakan secara automatik, dan harga subsidi akan terus digunakan tanpa perlu tunai tambahan atau aplikasi lain.
Matlamat utama program ini adalah bagi membantu rakyat mengurangkan beban kos bahan api serta memastikan subsidi kerajaan disalurkan tepat kepada penerima layak.
- Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi Budi Madani di https://budimadani95.gov.my
- Antara syarat asas untuk memohon:
- Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah.
- Tersenarai dalam kategori B40 atau M40 berdasarkan data STR.
- Pemilik kenderaan persendirian berdaftar dengan JPJ sama ada kereta atau motosikal.
CARA GUNA BUDI 95 UNTUK BELI PETROL
Program Budi 95 dilaksanakan sepenuhnya secara digital melalui MyKad di pam minyak, aplikasi Setel, terminal Touch ‘n Go, atau kaunter stesen minyak terpilih. Kaedah ini menjadikan proses pengesahan subsidi lebih mudah, telus dan tepat, sekaligus memastikan hanya penerima yang layak menikmati harga petrol RON95 bersubsidi.
Semak perincian berikut untuk memahami cara guna Budi95 dengan betul:
GUNA BUDI 95 MELALUI TNG (TOUCH ‘N GO)
- Pastikan MyKad sudah aktif dengan subsidi Budi Madani.
- Sentuh MyKad pada terminal TNG di pam minyak.
- Pilih jumlah isi minyak.
- Teruskan pembayaran mengikut baki TNG atau kaedah lain yang tersedia.

CARA GUNA BUDI 95 DENGAN SETEL
- Muat turun dan daftarkan IC anda dalam aplikasi Setel https://www.setel.com/ref/6gasq.
- Setelah akaun didaftarkan, buka aplikasi Setel semasa di stesen minyak.
- Pilih pam yang digunakan dan jumlah petrol.
- Subsidi akan disahkan secara automatik melalui IC dalam aplikasi.
- Teruskan isi minyak seperti biasa.

CARA GUNA BUDI 95 DI KAUNTER
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter.
- Juruwang akan imbas MyKad untuk pengesahan subsidi.
- Bayar jumlah yang dikehendaki.
- Nikmati harga subsidi RM1.99 seliter.

GUNA BUDI 95 SECARA MANUAL DI PUMP (SELF-SERVICE)
- Masukkan MyKad pada mesin pam sebelum buat bayaran.
- Pilih jumlah minyak atau nilai bayaran yang dikehendaki.
- Setelah MyKad disahkan, terus lakukan pembayaran.
- Isi minyak seperti biasa.
- Semak resit untuk melihat baki kuota subsidi (sehingga 300 liter sebulan)

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA GUNA BUDI 95
Tidak. Hanya warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad sah layak menikmati subsidi.
Tiada had untuk jumlah kali isi minyak sehari, tetapi had kuota bulanan 300 liter masih dikenakan.
Sebarang pembelian yang melebihi 300 liter akan dikenakan harga tidak disubsidi (harga pasaran biasa).
Ya. Semua stesen utama (contoh Shell, Petron, Caltex, BH) telah menyelaraskan sistem mereka untuk menyokong Budi95.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Guna Budi 95 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi Budi Madani: https://www.budi95.gov.my
- Telefon: 1-300-88-9595
- Emel: [email protected]
- WhatsAPP: +603-2631 4595
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/perincian-perlaksanaan-penyasaran-semula-subsidi-ron95-diumum-akhir-september-mof