STR FASA 4 BILA MASUK? – SEMAK TARIKH BAYARAN BANTUAN 2025
Ramai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tertanya-tanya bila bayaran Fasa 4 akan masuk. Artikel ini akan bantu anda semak tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 4 tahun 2025, termasuk cara semakan melalui portal dan status kelulusan. Ketahui juga jumlah bayaran mengikut kategori isi rumah, bujang dan warga emas.
Semua info penting ada dalam artikel ini.
BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
APA SYARAT KELAYAKAN STR?
Setiap penerima STR perlu menepati syarat tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan bantuan diagihkan dengan adil. Lihat perincian syarat berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Perhatian: Bujang berumur 21 tahun ke atas dan OKU 19 tahun ke atas (masih menuntut di IPTA/IPTS) tidak layak memohon kategori bujang. Mereka hanya boleh disenaraikan di bawah tanggungan isi rumah.
BERAPA JUMLAH MASUK BANTUAN STR FASA 4?
Setiap penerima STR Fasa 4 akan menerima jumlah masuk bantuan yang berbeza antara RM150 hingga RM700, bergantung pada kategori kelayakan masing-masing. Lihat butiran dalam jadual berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?
Bayaran STR Fasa 4 diagihkan secara dua cara – terus ke akaun bank penerima yang aktif atau melalui pembayaran tunai di BSN bagi yang tiada akaun. Lihat maklumat penuh di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN STATUS BILA MASUK BAYARAN STR FASA 4
Semakan status bayaran STR Fasa 4 kini boleh dibuat secara online melalui laman rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk ke portal MySTR dan pilih Semakan Status.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi BKK di 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang).
Langkah penuh semakan disediakan di bawah. Berikut adalah langkah lengkap membuat semakan:
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
TARIKH STR FASA 4 BILA MASUK?
Nak tahu bila tarikh STR Fasa 4 masuk? Tarikh bayaran masuk Bantuan STR Fasa 4 dijangka bermula November, selaras dengan trend jadual tahun sebelum ini.
Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
Berikut disertakan jadual penuh tarikh bayaran STR bagi setiap fasa:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
*Tarikh rasmi akan dikemas kini selepas pengumuman kerajaan.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4 BILA MASUK?
Boleh ke mana-mana cawangan BSN berdekatan.
Tarikh ditetapkan kerajaan & diumumkan dari semasa ke semasa.
Ya, dengan kemaskini maklumat di portal STR.
Tuntut bayaran tunai di BSN.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR Fasa 4 Bila Masuk ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]