BANTUAN STR MASUK BILA : SEMAKAN FASA 3 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai bersasar daripada kerajaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah melibatkan kategori isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang. Bantuan ini diperkenalkan bagi tujuan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat yang tinggi dalam Belanjawan 2025.
Ramai yang tertanya-tanya “Bantuan STR masuk bila?” terutamanya bagi Fasa 3 yang akan datang. Ikuti artikel ini untuk info yang lebih lanjut.
BACA JUGA: CHECK STATUS STR: (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Berikut adalah kategori pemohon bantuan & syarat kelayakannya:
- Isi Rumah
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- Bujang
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2,500 ke bawah.
NOTA TAMBAHAN: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS tidak layak untuk membuat permohonan.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima bantuan STR akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kelayakan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh sebagai gambaran yang lebih jelas:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | Pendapatan Bulanan Bawah RM2500: 5 Anak Ke Atas: RM2500 3-4 Anak: RM2000 2-1 Anak: RM1500 Tiada Anak: RM1000 Pendapatan Bulanan RM2501-RM5000: 5 Anak Ke Atas: RM1250 3-4 Anak: RM1000 2-1 Anak: RM750 Tiada Anak: RM500 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | Pendapatan Bulanan Bawah RM5000: RM600 |
| BUJANG (21-59 Tahun) (OKU 19 Tahun Ke Atas) | Pendapatan Bulanan Bawah RM2500: RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Bantuan STR akan disalurkan secara tunai kepada penerima yang layak. Terdapat 2 cara mudah pembayaran bantuan bergantung kepada jenis penerima yang terlibat seperti butiran di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN BANK
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
CARA SEMAK BANTUAN STR
Kerajaan telah menyediakan platform secara atas talian bagi memudahkan penerima bantuan STR untuk membuat semakan. Berikut disertakan platform rasmi & panduan menggunakannya secara lebih terperinci:
- PORTAL RASMI STR
- Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan,
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/
- Klik pada [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
- Tekan [Semakan Status].
- Maklumat terkini penerima akan dipaparkan.
BANTUAN STR MASUK BILA
Pembayaran bantuan STR dibuat secara berperingkat mengikut fasa. Penerima bantuan semestinya ternanti-nanti tarikh bayaran bagi Fasa 3 yang mana tarikh rasmi masih menunggu pengumuman dari kerajaan. Rujuk jadual di bawah untuk info fasa bantuan & tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos & awal bulan September berdasarkan rekod sebelumnya. -Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan STR Masuk Bila ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Laman Web Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]