CARA SEMAK STATUS STR : (FASA 3 2025) PANDUAN TERKINI

CARA SEMAK STATUS STR : (FASA 3 2025) PANDUAN TERKINI

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan langsung daripada kerajaan kepada golongan B40 dan M40. Ia bertujuan untuk membantu meringankan bebas kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Untuk tahun 2025, semakan status kelayakan boleh dibuat secara dalam talian bagi memudahkan akses rakyat.

Nak tahu macam mana cara semak status STR? Panduan di bawah ini akan membantu anda dengan langkah-langkah yang mudah difahami.

BACA JUGA: CHECK STATUS STR: (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Pemohon perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk menerima bantuan. Antara syarat-syarat bantuan STR mengikut kategori ialah:

  • Isi Rumah:
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

NOTA TAMBAHAN: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

Tarikh bayaran bantuan STR terbahagi kepada 4 fasa. Penerima bantuan telah menerima bantuan pada fasa 1 & 2. Bagi fasa 3 yang akan datang, tarikh rasmi bantuan akan diumumkan oleh pihak kerajaan. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran pada tahun 2025:

FASA BANTUANTARIKH BANTUAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Penerima bantuan akan menerima jumlah bayaran berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual di bawah adalah sebagai gambaran lebih jelas tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHPendapatan Bulanan Bawah RM2500:
5 Anak Ke Atas: RM2500
3-4 Anak: RM2000
2-1 Anak: RM1500
Tiada Anak : RM1000

Pendapatan Bulanan Bawah RM2501-RM5000:
5 Anak Ke Atas: RM1250
3-4 Anak: RM1000
2-1 Anak: RM750
Tiada Anak: RM500
WARGA EMAS TIADA PASANGANPendapatan Bulanan Bawah RM5000:
RM600
BUJANG
(21 – 59 Tahun)
(OKU 19 Tahun Ke Atas)
Pendapatan Bulanan Bawah RM2500:
RM600

CARA BAYARAN BANTUAN STR

Bantuan STR akan diagihkan kepada penerima yang layak melalui 2 cara yang mudah. Berikut adalah butiran jenis penerima bantuan & cara pembayarannya:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN BANK
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CARA SEMAK STATUS STR

Kerajaan telah menyediakan kemudahan semakan status bantuan STR secara online. Terdapat 2 portal rasmi yang boleh digunakan iaitu:

  1. PORTAL RASMI MYKASIH
    • Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/
    • Klik pada [Semak Kelayakan].
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
    • Dan tekan [Semakan Status].
    • Maklumat terkini penerima akan dipaparkan.
  2. PORTAL RASMI STR
    • Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Pada halaman utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
    • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
    • Sila tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
    • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan
      • Tekan [Ya] sekiranya betul.
    • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
    • Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
    • Klik pada butang [Semakan 2025].
      • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
    • Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi CARA SEMAK STATUS STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment