BANTUAN EKASIH RM200 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bantuan tambahan khas kepada individu dari kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam pengkalan data eKasih bagi tahun 2024/2025. Bantuan ini diberikan secara cashless (tanpa tunai) ke dalam MyKad penerima setiap bulan untuk membuat pembelian barangan asas di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.
Kepada individu yang layak, bantuan eKasih SARA ini dikreditkan sehingga RM200 sebulan bergantung kepada kategori penerima. Semak maklumat lanjut dibawah untuk semakan status terkini.
BACA JUGA: CHECK LIST BARANGAN ASAS MYKASIH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH
Terdapat beberapa syarat bagi memastikan pemohon bantuan eKasih benar-benar layak untuk menerima bantuan RM200 SARA. Antara syarat-syaratnya ialah:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai dalam pangkalan data eKasih (status aktif)
- Kategori miskin & miskin tegar
- Tiada pendapatan tetap
JUMLAH BAYARAN BANTUAN EKASIH
Bantuan eKasih akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak. Bantuan RM200 akan diagihkan kepada kategori isi rumah penerima eKasih. Berikut disertakan jadual sebagai gambaran lebih jelas tentang kategori penerima (B40) dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
| KATEGORI PENERIMA (B40) | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH
Bayaran akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad kepada penerima yang layak berdasarkan data silang dari STR+eKasih. Berikut adalah butiran tarikh pembayaran bantuan:
| TARIKH BAYARAN TAMBAHAN | TARIKH BANTUAN EKASIH |
|---|---|
| Bermula bulan Januari sehingga bulan Mac 2025 (3 bulan) | Bermula 15 April sehingga bulan Disember 2025 (9 bulan) |
CARA SEMAK BANTUAN EKASIH
Kerajaan Madani telah menyediakan 2 platform atas talian bagi memudahkan akses rakyat membuat semakan bantuan. Berikut disertakan jenis platform rasmi dan panduan lengkap cara menggunakannya:
SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih
- Buka pelayar web dan pergi ke: https://mykasih.com.my/
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan
- Nombor MyKad / IC
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Sekiranya lupa kata laluan
- Klik “Forgot Password” dan ikut arahan untuk reset melalui e-mel atau SMS (jika tersedia).
SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI EKASIH

- Layari laman rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Klik butang “Semakan Status” di laman utama.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang).
- Tekan butang “Semak”.
- Paparan akan tunjukkan:
- Status berdaftar dalam eKasih (ya/tidak)
- Kategori penerima: Miskin / Miskin Tegar / Tidak Layak
- Tarikh kemaskini data
- Status permohonan STR (jika berkenaan)
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH
- Pastikan anda penerima yang sah (melalui STR/eKasih).
- Semak nama anda dalam sistem MyKasih.
- Kunjungi pasar raya atau kedai rakan MyKasih berdekatan.
- Pilih barangan asas yang dibenarkan.
- Semasa pembayaran, hanya perlu imbas MyKad dan masukkan PIN 6-digit.
- Resit akan dikeluarkan & amaun ditolak daripada baki bantuan bulanan anda.
- Gunakan bantuan sebelum tamat tempoh (sehingga 31 Disember 2025).
NOTA TAMBAHAN: Untuk semakan senarai kedai dan pasar raya berdekatan, penerima bantuan boleh membuat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan eKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]