TARIKH BAYARAN BANTUAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK PENERIMA BUJANG & ISI RUMAH
Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang diteruskan dalam Belanjawan 2025. Melalui fasa bayaran yang berperingkat, penerima dari kalangan bujang, isi rumah serta warga emas akan menerima bantuan mengikut kategori masing-masing berdasarkan kelayakan. Dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini, tentulah ramai yang ternanti-nanti pembayaran STR Fasa 3.
Nak tahu bila tarikh bayaran bantuan STR? Ikuti artikel ini untuk info yang lebih terperinci.
BACA JUGA: SEMAK STATUS STR TERKINI
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan yang dipilih adalah benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori kelayakn adalah seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
NOTA TAMBAHAN: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima bantuan akan menerima jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori kelayakan mereka. Berikut disertakan jadual kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | Pendapatan Bulanan Bawah RM2500: 5 Anak Ke Atas: RM2500 3-4 Anak: RM2000 2-1 Anak: RM1500 Tiada Anak: RM1000 Pendapatan Bulanan RM2501-RM5000: 5 Anak Ke Atas: RM1250 3-4 Anak: RM1000 2-1 Anak: RM750 Tiada Anak: RM500 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | Pendapatan Bulanan Bawah RM5000: RM600 |
| BUJANG (BERUMUR 21-59 TAHUN) (OKU 19 TAHUN KE ATAS) | Pendapatan Bulanan Bawah RM2500: RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Pembayaran bantuan STR kepada penerima yang layak melalui dua (2) cara mudah. Ia bergantung kepada jenis penerima yang terlibat seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
Bayaran STR adalah secara berperingkat dan terbahagi kepada 4 Fasa. Penerima bantuan telah menerima bayaran pada Fasa 1 dan 2. Untuk Fasa 3, tarikh rasmi akan berpandukan pengumuman dari pihak kerajaan. Berikut disertakan jadual tentang fasa bantuan dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal bulan September berdasarkan rekod tahun sebelumnya. – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi Tarikh Bayaran Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Laman Web Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]