UPU ONLINE 2026 – SEMAKAN & PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (KPT)

UPU ONLINE 2026 – SEMAKAN & PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (KPT)

UPU Online 2026 merupakan saluran utama bagi pelajar memohon kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia. Melalui sistem ini, calon boleh membuat permohonan ke pelbagai program pengajian mengikut kelayakan masing-masing. Dengan proses yang semakin sistematik dan mudah diakses, calon disarankan memahami setiap langkah permohonan agar tidak terlepas peluang melanjutkan pengajian.

Info lengkap tersedia di bawah.

PERMOHONAN UPU ONLINE

BACA JUGA: PENDIDIKAN PERCUMA PTPTN

BILA TARIKH PERMOHONAN UPU ONLINE DIBUKA?

Permohonan UPU 2026 bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi Sesi Akademik 2026/2027 dibuka seperti berikut:

  • Fasa Permohonan Lepasan SPM & Fasa Pertama Lepasan STPM/Setaraf:
    • 29 Januari – 23 Mac 2026 🚫
  • Fasa Kedua Permohonan Lepasan STPM/Setaraf:
    • 13 April – 15 Mei 2026 βœ…
BILA TARIKH PERMOHONAN UPU ONLINE DIBUKA

PROGRAM PENGAJIAN DITAWARKAN

Melalui UPU Online, pelbagai program pengajian ditawarkan:

  • Lepasan SPM:
    • Sebanyak 363 program pengajian ditawarkan khusus untuk calon lepasan SPM.
  • Lepasan STPM/Setaraf:
    • Sebanyak 1,146 program pengajian ditawarkan untuk calon lepasan STPM/Setaraf.

*Program ini merangkumi institusi seperti Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta MARA BPT.

PROGRAM PENGAJIAN DITAWARKAN

BAGAIMANA NO PIN UPU ONLINE DI BELI?

Calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf diwajibkan membeli Nombor Pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan permohonan UPU Online 2026. Nombor pin ini berfungsi sebagai akses keselamatan untuk pendaftaran dan log masuk ke sistem permohonan.

Pembelian boleh dibuat bermula 28 Januari 2026 dengan harga RM10.60. Calon disarankan membeli lebih awal bagi mengelakkan kesesakan sistem.

Pembelian nombor pin boleh dilakukan melalui:

  • Kaunter Cawangan BSN
    • Terdapat 387 kaunter cawangan BSN di seluruh negara yang menerima pembelian secara bersemuka.
  • Mesin ATM BSN
    • Pembelian boleh dibuat melalui 843 unit mesin ATM BSN oleh calon atau ibu bapa.
  • Perbankan Internet myBSN
    • Pembelian secara dalam talian boleh dilakukan dengan mudah melalui portal MyBSN.
BAGAIMANA NO PIN UPU ONLINE DI BELI

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN UPU

Permohonan UPU Online 2026 terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik seperti SPM, STPM atau setaraf. Calon perlu memenuhi syarat khas program yang dipohon bagi melayakkan diri dipertimbangkan:

  1. Kategori Lepasan SPM
    • Calon SPM 2025
      • Pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun semasa.
    • Calon SPM 2024 & 2023
      • Lepasan SPM bagi dua tahun sebelumnya juga masih layak memohon.
  2. Kategori Lepasan STPM/Setaraf
    • STPM 2025
      • Calon yang menduduki peperiksaan STPM pada tahun semasa.
    • Matrikulasi / Asasi (Sesi 2025/2026)
      • Merangkumi Matrikulasi KPM, Asasi Sains / Sains Sosial UM, Asasi Pintar UKM, Asasi UiTM serta Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik.
    • STAM 2025 & 2024
      • Calon lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi tahun semasa dan tahun sebelumnya.
    • Diploma / Setaraf
      • Pemegang diploma daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS, institusi luar negara atau ILKA.
    • Kelayakan Lain
      • Termasuk DKM, DLKM, DVM, A-Level, IB, Sekolah Sukan, AUSMAT, SAM, CPU serta Foundation daripada IPTS.
    • Bukan Tahun Semasa
      • Calon lepasan STPM, Matrikulasi KPM, Asasi atau STAM bagi tahun-tahun terdahulu juga layak memohon di bawah kategori Diploma/Setaraf.

UPU ONLINE PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi UPU dengan langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi
    • Selepas memperoleh Nombor Pin Unik ID, sila layari portal rasmi UPU di
      πŸ‘‰ https://upu.mohe.gov.my untuk memulakan permohonan UPU Online 2026.
  2. Log Masuk & Pendaftaran Akaun
    • Gunakan Nombor Pin yang telah dibeli untuk mendaftar akaun UPU Online.
    • Lengkapkan maklumat peribadi serta maklumat akademik yang diperlukan dengan tepat.
  3. Pemilihan Program Pengajian
    • Pilih program pengajian berdasarkan kategori kelayakan anda sama ada Lepasan SPM atau Lepasan STPM/Setaraf.
    • Pastikan syarat kelayakan dipenuhi bagi setiap program yang dipilih.
  4. Pengesahan & Penghantaran Permohonan
    • Setelah semua maklumat dan pilihan program diisi, klik butang Hantar bagi merekodkan permohonan dalam sistem.
    • Calon dinasihatkan menyemak semula maklumat dan pilihan program sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan sebarang kesilapan.
  5. Maklumat Kelayakan & Info Program

PERINGATAN PENTING PEMOHON:

Calon perlu mengambil perhatian terhadap tarikh tutup permohonan UPU Online mengikut kategori masing-masing bagi mengelakkan permohonan terbatal:

  • Lepasan SPM 🚫
    • Permohonan dibuka dari 29 Januari 2026 (12.00 tengah hari) hingga 23 Mac 2026 (5.00 petang).
  • Lepasan STPM/Setaraf – Fasa 1 🚫
    • Tempoh permohonan adalah sama seperti lepasan SPM, iaitu dari 29 Januari 2026 hingga 23 Mac 2026.
    • Fasa ini melibatkan program pengajian yang memerlukan temuduga atau ujian.
  • Lepasan STPM/Setaraf – Fasa 2 βœ…
    • Permohonan dibuka dari 13 April 2026 hingga 15 Mei 2026.
    • Fasa ini tidak melibatkan program pengajian yang memerlukan temuduga atau ujian.

UPU ONLINE SEMAKAN STATUS

Pemohon dinasihatkan untuk semak portal UPU secara berkala bagi mendapatkan makluman & info terkini. Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan melalui:

  • Portal rasmi: https://upu.mohe.gov.my
  • SMS atau aplikasi rasmi (jika disediakan).

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah calon boleh mengubah pilihan program selepas hantar permohonan?

Ya, selagi tempoh permohonan masih dibuka.

Bolehkah memohon tanpa membeli nombor pin?

Tidak, nombor pin diperlukan untuk akses sistem.

Adakah semua program memerlukan syarat yang sama?

Tidak, setiap program mempunyai syarat berbeza.

Bolehkah memohon lebih daripada satu program?

Ya, calon boleh memilih beberapa program mengikut keutamaan.

Bagaimana jika terlupa kata laluan akaun UPU?

Gunakan fungsi reset kata laluan dalam sistem.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi UPU Online ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai kemasukan ke IPTA. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/
  • Maklumbalas UPU: jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
  • E-mel: [email protected]
  • UPUChat: https://upuchat.org/
  • Talian: 03 – 8684 2363

1 thought on “UPU ONLINE 2026 – SEMAKAN & PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (KPT)”

Leave a Comment